ARKIB

KATEGORI

Buletin

Luxembourg bakal jadi negara pertama di dunia menawarkan pengangkutan awam secara percuma

Views

Luxembourg dijangka menjadi negara pertama di dunia yang bakal menawarkan semua pengangkutan awamnya secara percuma. Menurut laman sesawang Archdaily.com, Perdana Menteri yang baharu dilantik semula Xavier Bettel dan kerajaan gabungan telah mengumumkan bahawa mereka bakal memansuhkan semua tambang kereta api, trem dan bas pada musim panas akan datang.

Ia bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan mengurangkan pelepasan karbon di negara tersebut. Langkah baharu ini diharap dapat mengurangkan sebahagian daripada kesesakan lalu lintas yang paling teruk di dunia. Berjiran dengan Belgium, Jerman dan Perancis, Luxembourg mempunyai lebih dari 400,000 penumpang yang berulang-alik untuk bekerja ke negara-negara tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Iriz MC2 dan Persona facelift semasa cuti Krismas?

Tahun ini, Luxembourg mula menawarkan pengangkutan percuma kepada semua orang di bawah umur 20 tahun. Pelajar sekolah menengah juga dapat menaiki pengangkutan percuma antara sekolah dan rumah. Pada masa ini, Luxembourg mempunyai bilangan kereta tertinggi berbanding dengan nisbah penduduknya dalam Kesatuan Eropah.

Seperti yang dilaporkan The Guardian, keputusan masih belum dibuat mengenai apa yang perlu dilakukan pada kompartmen pertama dan kedua untuk kereta api. Penumpang kini perlu membayar €2 (RM9.53) untuk dua jam perjalanan, yang merangkumi hampir semua perjalanan di negara kecil.

Gabungan pemerintah mengatakan mereka sedang merancang untuk merombak semula cuti cukai bagi penumpang, manfaat yang telah disediakan berdasarkan jarak perjalanan. Bermula pada tahun 2020, semua tiket akan dimansuhkan bagi menjimatkan kutipan tambang dan mengurangkan polisi pembelian tiket.

JOM BACA >> INTIP : SUV Perodua dihantar ke Jepun?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply