ARKIB

KATEGORI

Buletin

MAI dan Proton meterai MoU untuk memperkasakan vendor

Views

Institut Automotif Malaysia (MAI) dan Proton semalam telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk terus mengoptimakan perkongsian sumber dalam membangunkan pembekal bahagian dan komponen Proton bagi memastikan mereka berupaya menepati piawaian global.

MoU ini menandakan kerjasama antara kerajaan dengan sektor swasta dalam meningkatkan nilai daya saing rantaian pembuat kereta kebangsaan. Kerjasama ini akan mengumpulkan sumber-sumber antara kedua-dua pihak untuk memaksimumkan penggunaan infrastruktur pembangunan automotif sedia ada; terutamanya dalam bidang aplikasi reka bentuk termaju, proses simulasi digital dan teknologi pengesahan yang lebih baik.

Di samping akses kepada pusat R&D sedia ada Proton, serta pusat reka bentuk dan teknologi pengesahan MAI, rangkaian pembekal Proton yang terdiri daripada pelbagai vendor Malaysia, dapat mengoptimumkan pembangunan modal insan, perniagaan dan teknologi mereka melalui program kecemerlangan pembekal MAI.

Program-program ini termasuklah:

  • ASEP
  • DEP
  • LPS
  • AICE
  • IPC
  • DEEP
  • Perantisan (Apprenticeship)
  • WTP

Dengan program-program ini sedia untuk dilaksanakan, MAI dan Proton akan terus bekerjasama untuk menyesuaikannya untuk keperluan perniagaan dan teknologi Proton dan rangkaian bekalannya. Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari berkata aktiviti automotif huluan – pemikiran reka bentuk, aplikasi kejuruteraan dan teknologi pengesahan adalah kunci ke arah penyertaan yang bermakna dalam industri automotif, terutama ketika sektor ini bergerak pantas ke arah revolusi perindustrian keempat.

JOM BACA >> Anak Malaysia naib juara Kejohanan Dunia Pembinaan Motosikal Custom AMD 2018

Menurut Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, MoU ini adalah penting untuk syarikat kereta kebangsaan, kerana kejayaan para pembekal adalah sangat penting untuk pertumbuhan masa depan Proton. Majlis menandatangani MoU tersebut telah berlangsung di Pusat Kecemerlangan Proton (CoE) di Shah Alam dan ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong. Ia turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, YBhg Datuk Radzaif Mohamed dan Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), YBhg. Datin K. Talagavathi.

Pada tahun 2016, MAI memulakan pembangunan 9 teras untuk pelaksanaan Industri 4.0 dalam sektor automotif. Ia adalah pemacu kepada aspek seperti Kejuruteraan Digital & Pembuatan Prototaip, Kilang Digital, Sistem Pengintegrasi dan Sistem Pengeluaran Pembuatan. Perkhidmatan digital yang dibangunkan untuk rantaian bekalan automotif ditempatkan di ibu pejabat MAI di Cyberjaya, manakala Pusat Reka Bentuk MAI dan Pusat Sumber MAI yang terletak di Rawang dan Bukit Beruntung.

In April of 2016, MAI melancarkan perkhidmatan Sistem Teknologi Pintar MAI (MITS) untuk membantu memudahkan jumlah data yang tinggi dan memenuhi keperluan untuk kelajuan pemprosesan yang lebih pantas. Pelayan Pengkomputeran Awan Berprestasi Tinggi telah dilancarkan dan kini berfungsi sebagai alat adi-cepat untuk melaksanakan kejuruteraan dan pengesahan komputer dibantu semasa peringkat reka bentuk produk dan proses automotif.

JOM BACA >> Sultan Johor pandu uji Proton X70

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply