ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua catat peningkatan jualan 28.3 peratus pada Q3 tahun ini, Bezza model paling laris!

Berita Tempatan

Views

Pengeluaran yang bertambah baik menjadi faktor peningkatan jualan Perodua sebanyak 28.3 peratus bagi suku ketiga (Q3) tahun ini kepada 88,537 unit berbanding 69,011 unit yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Peningkatan jualan itu disumbangkan oleh kecekapan operasi di bahagian pengeluaran, yang menyaksikan 91,528 unit kenderaan keluarkan, kenaikan sebanyak 21.7 peratus berbanding 75,196 unit pada suku yang sama tahun lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, suku ketiga 2023 menjadi titik mula bagi Perodua untuk meningkatkan pengeluaran bulanan melebihi 30,000 unit setiap bulan.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Angka pengeluaran terkini pengeluar kereta kompak itu tahun ini mencecah 245,341 unit kenderaan setakat September lalu, meningkat sebanyak 18.6 peratus berbanding 206,837 unit dalam tempoh yang sama tahun 2022.

Datuk Sri Zainal berkata dengan penambahbaikan ini, jualan dan pengeluaran Perodua pada suku keempat tahun ini dijangka menjadi yang tertinggi dalam sejarah syarikat.

Pihaknya juga terus komited untuk mengurangkan tempoh menunggu pelanggannya. Perodua yakin bermula Januari 2024 ke atas, tempoh menunggu akan dapat diuruskan dengan lebih baik.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Pendaftaran terkini Perodua adalah sebanyak 233,227 unit dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini berbanding 196,354 unit yang dijual dalam tempoh sama tahun lalu.

Daripada 233,227 unit yang telah didaftarkan itu, ‘model Perodua terlaris‘ sehingga September 2023 adalah Bezza, diikuti oleh Axia dan Myvi.

Sementara itu, bagi perbandingan bulan ke bulan, Perodua telah mendaftarkan sebanyak 28,995 unit kenderaan pada bulan September 2023, meningkat 17.7 peratus berbanding 24,626 unit pada September 2022.

Manakala dalam aspek pengeluaran pula, Perodua telah menghasilkan sebanyak 31,447 unit kenderaan pada September 2023, peningkatan sebanyak 8.2 peratus berbanding 29,077 unit pada September tahun lalu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply