ARKIB

KATEGORI

Buletin

Menangi tiket perlawanan Liga Juara-Juara Eropah dengan ETCM!

Views

Nissan  x UEFA

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memulakan Kempen Liga Juara-juara UEFA Nissan dengan menawarkan promosi hebat ke atas model-model Nissan kepada para pelanggan. Di samping peluang menyaksikan perlawanan separuh akhir Liga Juara-juara secara langsung.

Kempen ini berlangsung sepanjang bulan Mac. Pelanggan yang membeli sebuah kenderaan Nissan berpeluang memenangi percutian yang dibayar sepenuhnya untuk menonton perlawanan separuh akhir Liga Juara-juara UEFA di Eropah. Sepanjang tempoh kempen tersebut, ETCM turut menawarkan pelbagai promosi serta tawaran menarik ke atas model-model terpilih Nissan termasuklah Teana, Serena S-Hybrid, Navara, Sylphy, Grand Livina dan Almera Nismo.

Liga Juara-juara UEFA merupakan perlawanan di antara kelab bola sepak yang paling berprestij di Eropah. Tahun lalu, Nissan telah menandatangani satu kerjasama global dengan UEFA selama empat tahun, sekali gus menjadi Penaja Utama Liga Juara-juara UEFA.

Menurut Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng, kempen itu nyata menunjukkan rangkaian produk Nissan dalam perspektif yang lebih segar dengan cara mengaitkannya bersama keterujaan global terhadap Liga Juara-juara UEFA yang turut dirasai di Malaysia.

Liga Juara-juara merupakan satu platform global yang penting buat Nissan. Selaku pengedar tunggal kenderaan Nissan di Malaysia, sudah menjadi misi kami untuk menawarkan keterujaan kepada peminat bola sepak dan kereta Nissan tempatan. Memandangkan bola sepak adalah sukan yang sangat popular di Malaysia, kami percaya bahawa peluang sekali seumur hidup untuk menyaksikan perlawanan Liga Juara-juara secara langsung di Eropah sememangnya peluang yang mereka tidak mahu lepaskan!”

Nissan juga telah menandatangani kerjasama dengan empat orang pemain bola sepak bertaraf dunia untuk menyokong inisiatif Liga Juara-juara anjurannya di peringkat global. Para pemain tersebut ialah bintang Barcelona, Andrés Iniesta; kapten pasukan Paris Saint-Germain, Thiago Silva; pemain pasukan Manchester City, Yaya Touré serta pemain Shalke, Max Meyer yang dilantik sebagai Duta Jenama Nissan Global atau “Jurutera Keterujaan” baru-baru ini.

Orang ramai dijemput untuk mengunjungi bilik-bilik pameran dan siri jelajah Nissan untuk merasai sendiri pengalaman dan keterujaan Liga Juara-juara, selain tawaran hebat Nissan yang disediakan.

Tarikh Siri Jelajah Nissan adalah seperti berikut:

TarikhLokasi
11 – 15 MacIOI City Mall, Putrajaya
25 – 29 MacMid Valley Mega Mall
3 – 8 MacAeon Tebrau City Shopping Centre, Johor Bahru
13 – 15 MacMydin Seremban 2, Seremban
20 – 22 MacCity Square, Johor Bahru
5 – 8  MacAlor Setar Mall, Alor Setar
18 – 22 MacTaiping Mall, Taiping
15 – 21 MacTesco Kota Bharu, Kota Bharu
6 – 8 MacKeningau Mall, Keningau
27 – 29 MacKaramusing Shopping Centre, Kota Kinabalu
27 – 29 MacPark City, Bintulu

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian 1800-88-3838.

* Siapa yang kaki bola dan memang dah lama berangan nak tengok Liga Juara-Juara Eropah secara “live” di stadium jangan lepaskan peluang ini. Manalah tau rezeki anda dapat tengok bola secara percuma.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply