ARKIB

KATEGORI

Info

MESTI BACA : Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal – Pencipta konsep Nombor Fawzal yang digunakan oleh pengeluar supercar dan hypercar terkemuka

Info

Views

Biasa kita dengar kuantiti atau persamaan saintifik dan matematik dengan nama – nama Inggeris, sebagai contoh Nombor Reynolds Number, Prinsip Bernoulli, Segitiga Pascal dan lain-lain. Anda sudah tentu untuk percaya jika ada kuantiti saintifik dengan nama Melayu, dan ia dipanggil dengan Fawzal Number (Fa).

Apa itu Nombor Fawzal (Fa)?

Nombor Fawzal merupakan kuantiti nirdimensi (dimensionless quantity) yang menerangkan nisbah pemindahan haba perolakan atau kapasiti penyejukan dengan kuasa yang digunakan oleh reka bentuk tersebut. Pada awalnya ia dikenali dengan Indeks Prestasi Penyejukan Rotor.

Kuantiti tersebut telah diperkenalkan Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal (Aid Fawzal) dalam kajian PhDnya bersama YASA Ltd, Oxford, UK di Coventry University. Istilah kuantiti tersebut kemudiannya ditukar kepada Nombor Fawzal (Fa) yang mengambil nama sempena nama bapa beliau iaitu Ahmad Fawzal.

Nombor tersebut digunakan untuk membantu menentukan prestasi penyejukan apabila parameter reka bentuk berubah terutama apabila mengendalikan kajian parametrik. Secara umumnya, semakin tinggi nombor Fawzal, semakin baik prestasi penyejukan.

Siapakah Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal?

Ahmad Syahid Ahmad Fawzal (Aid Fawzal) mula melanjutkan pelajaran dalam jurusan Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan dan Penyelenggaraan Bangunan (MBMT) di UniKL MFI pada 2005 – 2008 sebelum menerima tawaran dari MARA untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Mekanikal di University of Derby, United Kingdom.

Seterusnya, dengan pembiayaan sendiri dan tajaan tambahan dari UKAEAA (UK’s Atomic Authority), beliau meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana di Cranfield University dan akhirnya ke peringkat PhD yang ditaja oleh YASA Ltd, Oxford, UK di Coventry University.

Pada peringkat pengajian PhD inilah, hasil kerjasama dengan syarikat penaja industri, beliau telah berjaya mencipta sebuah karya saintifik yang dinamakan Indeks Prestasi Penyejukan atau Nombor Fawzal.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift varian Standard?

Aplikasi Nombor Fawzal (Fa)

Karya industri ciptaan beliau telah diguna pakai oleh syarikat penaja, yang terbukti dapat meningkatkan prestasi produk mereka sebanyak 200 peratus. (prestasi asal berterusan = 50kW & prestasi berterusan yang dipertingkatkan = 100kW).

Kini produk ciptaan mereka telah diguna pakai oleh beberapa pengeluar supercar dan hypercar bersama dengan “teknologi sistem penyejukan” yang telah beliau hasilkan. Dr Ahmad Syahid juga adalah antara pencipta sulung dalam “teknik penyejukan rotor” untuk mesin elektrik berkuasa tinggi.

Buat masa ini, kuantiti nirdimensi tersebut dihasilkan untuk penggunaan sistem penyejukan mesin berputar dan beliau berharap ianya akan dapat dikembangkan untuk aplikasi yang lain pada masa akan datang. Beliau juga berharap pencapaian ini akan sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada kemajuan rakyat Malaysia.

Beliau sanggup berkongsi ilmu dan pengalaman dengan mana-mana individu dan organisasi yang berminat. Nama beliau turut tersenarai pada kedudukan 155 dalam senarai Melayu hebat oleh Majalah Labur. Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada beliau.

Semoga kepakaran beliau boleh digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan teknlogi kereta elektrik Malaysia yang pertama nanti. Jangan sia-siakan bakat dan ilmu yang ada pada modal insan terbaik negara ni!

Sumber : AjarMalaysia.com dan Kesatuan Jurutera Se-Malaysia.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton Exora RC (Running Change) tertiris – Bakal ada ciri “Hai Proton!”?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply