ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Foto papan pemuka Proton Exora RC (Running Change) tertiris – Bakal ada ciri “Hai Proton!”?

Foto Intipan

Views

Rakan kami Mohd Faris Farhad telah memuat naik satu foto di beberapa group Proton yang memaparkan papan pemuka model Exora yang telah dinaik taraf. Besar kemungkinan inilah model yang kami nyatakan dalam artikel terdahulu, dan model paling tua dalam barisan model Proton ini akan dikenali dengan nama Exora RC (Running Change).

Dikatakan Exora RC bukanlah model Exora MC4 yang pernah digembar-gemburkan sebelum ini. Menurut maklumat yang diperolehi sebelum ini, Exora RC hanya mengalami sedikit perubahan, paling ketara adalah unit infohiburannya yang akan mempunyai fungsi Arahan Suara. Besar kemungkinan ini merupakan unit yang dikongsi bersama dengan model Iriz dan Persona facelift.

JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift sedang jalani penggambaran iklan

Selain itu, Exora RC akan mempunyai kombinasi panel meter analog rekaan baharu dengan paparan kluster instrumen pelbagai maklumat TFT berwarna di tengah dan antena sirip jerung yang nampak lebih terkini. Difahamkan tiada perubahan ketara dilakukan pada rekaan luaran Exora RC, tetapi kami rasa ia mungkin akan mendapat rim aloi dengan rekaan baharu.

Setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai tarikh pengenalan model ini dan kami akan cuba mendapatkan maklumat tambahan mengenainya dalam masa terdekat. Boleh tak kami nak panggil model ini dengan gelaran Exora Running Man, baru bunyi dia macam K-POP sikit kan?

JOM BACA >> Tempahan Proton Iriz facelift 2019 mula dibuka esok – 5 varian ditawarkan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply