ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift varian Standard?

Foto Intipan

Views

Kami memperolehi beberapa foto Proton Persona facelift, berkemungkinan besar varian Standard yang telah dimuatnaik oleh Muhd Afif Pauzi ke laman group Facebook Proton Persona VVT Community (Malaysia) sejak semalam.

Foto-foto ini mungkin dirakam ketika sesi taklimat khas dan pratonton untuk eksekutif jualan yang dilakukan di dalam premis Proton secara tertutup. Akhirnya kita dapat juga melihat rekaan baharu panel meter dengan lebih jelas paparan pelbagai maklumat yang pada pandangan kami nampak lebih kemas, ringkas dan moden.

Proton Persona facelift varian Standard didatangkan dengan pemain audio biasa yang kelihatan seakan panel skrin sentuh apabila ia dimatikan. Apabila ia dihidupkan, lampu berwarna putih akan bercahaya pada butang-butang kawalannya dan susun atur butang-butang tersebut nampak agak unik.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton Exora RC (Running Change) tertiris – Bakal ada ciri “Hai Proton!”?

Kami turut mendapat sedikit maklumat mengenai spesifikasi dan varian yang akan ditawarkan pada model Persona facelift dan varian-variannya adalah seperti berikut:

Persona facelift varian Standard

  • Enjin 1.6 liter VVT dengan pilihan transmisi 5-kelajuan manual atau CVT
  • Rim aloi 15-inci
  • Antena sirip jerung
  • Spoiler belakang
  • Kemasan tempat duduk fabrik
  • Paparan pelbagai maklumat
  • Panel meter baharu
  • Dua pembesar suara
  • Indikator ECO
  • Dua slot pengecas USB di belakang
  • ABS, EBD, Bantuan Brek, ESC, Kawalan Cengkaman
  • Bantuan Mula Mendaki
  • Dua beg udara
  • Sensor pakir hadapan

Persona facelift varian Executive (spesifikasi tambahan dari varian Standard)

  • Unit infohiburan dengan skrin sentuh bersaiz 7-inci
  • Sambungan terlefon pintar (E-Link)
  • Paparan pelbagai maklumat LCD
  • Empat pembesar suara
  • Kemasan tempat separa kulit
  • Lampu Follow Me Home
  • Pembuka pintu but belakang kawalan jauh
  • Kerusi belakang boleh dilipat 60:40
  • Kamera undur
  • Lampu nyalaan siang LED (DRL)
  • Butang mula/henti enjin
  • Sistem kemasukan pintar tanpa kunci
  • Cermin sisi auto-lipat

Persona facelift varian Premium (spesifikasi tambahan dari varian Executive)

  • Navigasi atas talian
  • Internet 4G
  • Arahan Suara
  • Stereng balutan kulit
  • Cermin pandang belakang nirbingkai (borderless)
  • Lampu depan automatik
  • Beg udara sisi
  • Beg udara tirai
  • Tombol gear CVT rekaan baharu

JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift sedang jalani penggambaran iklan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply