Michelin Malaysia semalam telah melancarkan tayar basikal premium untuk pasaran Malaysia menerusi kerjasama dengan rakan pengedar tempatan, Cyclistic Malaysia.
Menurut Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura dan Brunei, Prichapakorn Dangrojana, pihaknya berharap produk-produk ini akan menawarkan prestasi dan cengkaman yang penunggang basikal perlukan menerusi teknologi tayar basikal yang paling inovatif.
Pengurus Besar, Seni Bina, Kejuruteraan, Pembinaan dan Operasi, Cyclistic Malaysia, Ivan Ong berkata, menerusi usaha sama ini pihaknya berharap untuk terus menonjolkan legasi kecemerlangan Michelin dalam pembuatan tayar, begitu juga dengan dedikasi Cyclistic dalam memberi khidmatnya buat pasaran berbasikal tempatan.
Tayar basikal premium berprestasi tinggi keluaran Michelin kini boleh didapati di tujuh outlet Cyclistic serta lokasi-lokasi pengedar di sekitar kawasan Lembah Klang.
Mulai 1 Disember 2023, para pelanggan boleh datang melihat dan membeli produk tayar Michelin di outlet utama Cyclistic yang terletak di Taman Shamelin Perkasa, Cheras.
JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran
Katalog tayar basikal Michelin merangkumi:
Michelin Power Cup Competition Line
Sesuai untuk sesi perlumbaan dan latihan; kelajuan dan keefisienannya diilhamkan dari teknologi MotoGP. Ia berciri ringan dan lasak, disumbang oleh Michelin Aramid Shield Technology dan selongsong 3×120 TPI.
Bukan itu sahaja, paduan Michelin Gum-X juga menjamin pengendalian dan kestabilan yang efisien dalam kondisi basah dan kering.
Michelin Wild Enduro Front Racing Line
Dirumus untuk penunggang menguasai semua jenis landasan. Ia dikhaskan untuk dipasang di roda hadapan, tapi juga boleh dimuatkan di roda belakang untuk menambah daya cengkaman.
Kombinasi antara bunga tayar, Magi-X DH dan Down Hill Shield membolehkan daya cengkaman maksimum dibekalkan.
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?
Dengan pemerkukuhan dwiganda Down Hill Shield serta pemerkukuhan anti kebocoran, tayar ini mampu mengekalkan daya pengendalian yang baik walaupun dalam tekanan rendah.
Michelin Wild Am Performance Line
Diperkuatkan dengan “Bead To Bead Protection” yang mengoptimumkan rintangan terhadap kebocoran. Kejuruteraan bunga tayar mampu meningkatkan cengkaman, terutamanya di roda hadapan, manakala selongsong “Trail Shield” menjamin tahap keselamatan dan prestasi yang berpanjangan dengan struktur binaan 4×60 TPI.
Berikut adalah harga runcit yang diyorkan bagi tayar-tayar basikal Michelin ini:
- Michelin Power Cup Competition Line (untuk tayar basikal jalan raya) – RM240 hingga RM315
- Michelin Wild Enduro Front Racing Line dan Michelin Wild Am Performance Line (untuk tayar basikal gunung) – RM105 hingga RM290
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
KOMEN TERKINI