ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo SISMA Auto Sungai Besi dirasmikan, miliki bilik pameran Volvo terbesar di Malaysia

Berita Tempatan

Views

SISMA Auto, baru-baru ini telah merasmikan pembukaan pusat 3S Volvo utama yang baharu di Sungai Besi. Fasiliti empat tingkat seluas 55,000 kaki persegi ini terletak di Wisma SISMA Auto dengan kos pembinaan sebanyak RM30 juta.

Ia merealisasikan Pengalaman Runcit Mampan Volvo yang merangkumi pelbagai inisiatif mampan seperti penuaian air hujan, penggunaan tenaga suria, reka bentuk muka bangunan bertebat cekap tenaga, pencahayaan dan pengudaraan cekap tenaga, dan pemaksimuman elemen hijau di tapak tersebut.

Penggunaan perabotnya pula adalah yang terkini hasil penyumberan dan pembuatan yang mampan. Volvo SISMA Auto Sungai Besi juga menempatkan bilik pameran Volvo terbesar di Malaysia yang mampu memuatkan sehingga 16 buah kereta baharu dan kereta terpakai SELEKT.

Pengunjung dapat menikmati pengalaman runcit premium di ruang menunggu ala Scandinavia yang menampilkan gaya yang kemas dan ringkas yang mencerminkan ‘minimalisme‘ dan kefungsian, namun tetap menonjolkan keindahan.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Pusat servisnya pula serba lengkap dengan peralatan diagnostik Volvo berkomputer terkini, pelbagai peralatan khas Volvo serta kelengkapan penjajaran dan pengimbangan roda.

Dengan pasukan yang dilatih khusus dan diiktiraf oleh Volvo, pusat ini sedia menangani segala keperluan servis bagi semua model Volvo, sama ada model enjin pembakaran, hibrid mahupun kenderaan elektrik. Ia juga lengkap dengan pengecas DC kapasiti tinggi 120kW untuk kegunaan umum.

Pelanggan juga boleh menikmati kemudahan yang disediakan oleh Volvo SISMA Auto Concierge Service, yang menawarkan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran kenderaan dari rumah atau pejabat.

Lokasi baharu Volvo SISMA Auto Sungai Besi yang strategik di Lebuhraya Sungai Besi memberikan akses yang mudah kepada pelanggan dan membolehkan pusat ini menyediakan perkhidmatan kepada sebilangan besar pemilik dan bakal pemilik Volvo di serata Lembah Klang.

Pengarah Urusan Kumpulan SISMA Auto, Syed Khalil Syed Ibrahim berkata, fasiliti tersebut memperlihatkan pengembangan perniagaan Volvo syarikat tersebut dan membuktikan keyakinannya terhadap masa depan jenama Volvo di Malaysia.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Tambah beliau, lokasi asalnya di Glenmarie sudah tidak mampu lagi menampung pertumbuhan perniagaan Volvo yang kian meningkat dan sebagai penambahan kepada lokasi jualan sedia ada di Bukit Bintang.

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia Sdn Bhd (VCM), Charles Frump turut menzahirkan penghargaan terhadap SISMA Auto atas kesanggupan syarikat tersebut membuat pelaburan untuk mengembangkan jenama Volvo di negara ini.

Ujar beliau. pelaburan besar yang dibuat oleh SISMA Auto pastinya akan menyumbang kepada peningkatan yang nyata dari segi rangkaian kami serta pengalaman pemilikan Volvo.

Pusat Volvo Sisma Auto Sungai Besi yang baharu ini terletak di Wisma Sisma di 855, Lebuhraya Sungai Besi, Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur.

Ia beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam pada hari Isnin hingga Jumaat, dan dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Sabtu dan Ahad.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply