ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penganalisis jangka harga Proton S70 akan bermula bawah RM85k – Lebih rendah dari X50, Honda City dan Toyota Vios

Berita Tempatan

Views

Proton Holdings Bhd (Proton) dijangka menetapkan harga model sedan serba baharunya, Proton S70 lebih rendah berbanding model X50 yang bermula pada harga RM86,000.

Penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Syahril Hanafiah, berkata harga Proton S70 juga dijangka lebih rendah berbanding pesaing segmen B terkemuka seperti Honda City dan Toyota Vios yang dijual dalam lingkungan harga RM85,000 hingga RM90,000.

Ujarnya, Proton telah menghentikan pengeluaran Proton Exora, dan ia sekali gus menandakan penamatan pengeluarannya selama 14 tahun. Akan tetapi, Proton telah mula mengeluarkan model S70 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Tarikh pelancaran rasminya telah ditetapkan pada hari Selasa, 28 November jam 4:30 petang, manakala tempahannya telah pun mula dibuka sejak 1 November lalu.

S70 dipasarkan sebagai model segmen C, dan pihaknya percaya kemasukannya ke dalam pasaran akan menimbulkan persaingan lebih sengit dalam segmen ini.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

“Kami menjangka Proton S70 ditetapkan pada harga lebih rendah berbanding Proton X50 dan pesaing terkemuka seperti Honda City dan Toyota Vios,” katanya dalam nota penyelidikan.

Model sedan serba baharu itu bakal ditawarkan dengan empat varian iaitu Executive, Premium, Flagship dan Flagship X.

Model segmen B dengan penawaran ciri segmen C itu dijangka menggunakan enjin pengecas turbo 1.5 liter yang dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan dwicekam yang menghambur 150PS dan 226Nm daya kilas.

Sementara itu, Syahril berkata, kenderaan elektrik (EV) pemasangan tempatan (CKD) dijangka diperkenalkan menjelang 2025.

Katanya, dengan menyasarkan kemajuan dalam sektor EV, kerajaan telah menetapkan sasaran 2025 bagi pengeluar kereta kebangsaan, iaitu Proton dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) untuk mengeluarkan tawaran EV pertama mereka.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Perkara ini sejajar dengan sasaran Proton untuk melancarkan EV buatan tempatan pertamanya menjelang 2025 manakala Perodua belum menetapkan garis masa.

“Hal ini juga menandakan harga lantai RM100,000 buat EV import sepenuhnya (CBU) mungkin terus berkuat kuasa sehingga 2025, demi memberi laluan kepada pengeluar kereta tempatan untuk bersaing dengan jenama antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, RHB Investment berkata, bank pelaburan itu kekal ‘neutral’ dengan sektor automotif tempatan berdasarkan prestasi 2024 yang tidak menentu kerana gambaran sektor masih samar-samar.

Pihaknya masih sedang memuktamadkan unjuran jumlah keseluruhan industri (TIV) 2024, namun mereka menjangka ia akan menyusut ke paras lebih normal, mungkin dalam lingkungan 600,000 hingga 650,000 unit.

Tambahnya, risiko negatif utama termasuklah tempahan dan penghantaran kereta lebih rendah daripada yang dijangkakan, dan juga kemunculan isu rantaian bekalan semula. Kejadian yang sebaliknya mendatangkan risiko positif. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply