ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi Motors Malaysia lancar Outlander 2.0L pemasangan tempatan

Views

Pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), mengumumkan pelancaran pemasangan tempatan Mitsubishi Outlander SUV 2.0L. Sempena pelancarannya, pengedar sah Mitsubishi Motors akan mengadakan acara bilik pameran esklusif pada tarikh di bawah:

NoTarikh (Hujung Minggu) Bilik Pameran di
114-15 Oktober Semenanjung Malaysia
221-22 OktoberMalaysia Timur

Semasa acara ini, tiga pelanggan bertuah yang memandu uji Mitsubishi Outlander bakal berpeluang untuk memenangi telefon pintar iPhone 8! Bukan itu sahaja, 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan dan mendaftarkan Mitsubishi Outlander turut layak menerima baucar petrol bernilai RM300.

Mitsubishi Outlander kini dipasang secara kontrak oleh Tan Chong Motors Assemblies (TCMA) di kilangnya yang terletak di Segambut, Kuala Lumpur. Ia mula diperkenalkan di Malaysia pada April 2016 dan diimport sepenuhnya dari Jepun. Varian model pemasangan tempatan Outlander 2.0L 4WD akan dijual bersama varian CBU 2.4L 4WD.

Harga pengenalan bagi Mitsubishi Outlander 2.0L 4WD pemasangan tempatan ditawarkan pada RM139, 988.00 sehingga hujung tahun ini. Ia turut didatangkan dengan waranti standard kilang selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Ciri-ciri menarik Mitsubishi Outlander 2.0L 4WD pemasangan tempatan:

  • Dikuasakan oleh enjin 2.0-liter DOHC MIVEC yang mampu mengerah 145 PS dan 196 Nm tork dan digandingkan bersama transmisi CVT INVECS-III.
  • Didatangkan dengan sistem pacuan empat roda pintar sebagai ciri standard. Ia mempunyai tiga mod pilihan –  4WD Eco, 4WD Auto dan 4WD Lock.
  • Dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan standard yang terbaik seperti tujuh beg udara, ABS dan EBD, Bantuan Brek, Kestabilan Aktif & Kawalan Cengkaman (ASTC), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan cagak ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak.
  • Kerangka badannnya diperkukuhkan dengan struktur Reinforced Impact Safety Evolution (RISE).
  • Ciri Peringatan Rehat (Rest Reminder) yang memberi peringatan kepada pemandu untuk berehat seketika apabila keletihan.
  • Outlander 2.0L turut dilengkapi dengan kamera undur dengan garisan panduan yang turut dijadikan ciri standard.
  • Rekabentuk yang bergaya dan padu dengan jeriji Dynamic Shield dan lampu nyalaan siang LED dan rim aloi 18-inci.
  • Ruang bagasi akan bertambah sehingga 1,608 liter apabila kerusi baris kedua dan ketiga dilipat sepenuhnya.
  • Antara kelengkapan standard termasuklah lampu hadapan dan pengelap cermin automatik, kemasukan tanpa kunci dengan butang penghidup enjin.
  • Sistem infohiburan dengan skrin sentuh difinisi tinggi bersaiz 7-inci dilengkapi dengan fungsi Apple CarPlay yang memberi sambungan terus kepada peranti Apple (iPhone/iPod) dan kereta. Srinnya juga didatangkan dengan Air Gesture Control sebagai kemudahan tambahan.
  • Sensor parkir hadapan dan belakang.
  • Perakam video digital (dashcam).
  • Filem penapis haba/keselamatan untuk keseluruhan cermin.

Mitsubishi Outlander SUV 2.0L ditawarkan dengan pilihan warna yang menarik seperti Red Metallic, Solar White dan warna baharu Ruby Black yang ditawarkan secara esklusif untuk pasaran Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply