ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi Motors tawar rebat tunai Akhir Tahun

Views

Sempena meraikan Akhir Tahun, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, kini menawarkan rebat tunai menarik mulai sekarang sehingga 31 Disember 2018 untuk pelanggan yang menempah dan mendaftarkan Mitsubishi baharu. Pelanggan yang membeli model Outlander 2.0-liter dan Outlander 2.4-liter bakal mendapat rebat tunai Akhir Tahun sehingga RM8,000.

Stok adalah terhad. Outlander 2.0-liter ditawarkan pada harga RM137, 888.00 manakala varian Outlander 2.4-liter pula dijual pada harga RM152, 888.00. SUV ini telah menerima anugerah ‘Kenderaan Keluarga Terbaik’ oleh Editor CarSifu 2018 dan juga anugerah ‘SUV Keluarga Malaysia’ oleh Cars of Malaysia.

Pelanggan yang menempah trak pikap Triton pula bakal menikmati rebat tunai Akhir Tahun sehingga RM8,000. Promosi Akhir Tahun untuk semua varian Triton adalah seperti berikut:

NoModel/VarianHarga (RM) Rebat Tunai Akhir Tahun (RM)Waranti
1Triton Athlete129,650.008,000Semua varian Triton kecuali Triton Quest: Lima tahun waranti atau 200,000km

 

Triton Quest: Lima tahun waranti atau 100,000km

2Triton VGT Adventure X129,270.008,000
3Triton VGT AT Premium118,560.008,000
4Triton VGT AT GL105,990.008,000
5Triton VGT MT109,600.008,000
6Triton MT95,610.005,000
7Triton Quest78,890.005,000

JOM BACA >> INTIP: Proton Iriz MC2 ‘ronda-ronda’ KL lagi, wajah hadapan kini lebih jelas kelihatan

Mitsubishi Triton adalah penerima anugerah ‘Trak Pikap Malaysia’ untuk tahun 2018 oleh Cars of Malaysia. Selain itu, pelanggan yang membeli SUV Kompak Mitsubishi ASX 2WD dan ASX 4WD juga akan menerima rebat tunai Akhir Tahun sehingga RM8,000. Mitsubishi ASX 2WD dijual pada harga RM 118,866.00, manakala Mitsubishi ASX 4WD pula berharga RM 133,336.08.

Sebagai tambahan, pelanggan Mitsubishi Motors yang menghantar kenderaan Mitsubishi mereka untuk diservis mulai 1 – 30 November bakal menerima diskaun 20 peratus untuk alat ganti terpilih dan Pemegang Telefon Popsocket secara percuma untuk setiap kali servis. Tunggu apa lagi, segeralah ke bilik pameran dan pusat servis Mitsubishi yang berhampiran dengan segera!

JOM BACA >> INTIP: Proton Iriz MC2 ‘ronda-ronda’ KL lagi, wajah hadapan kini lebih jelas kelihatan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply