ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen dan firma Korea bakal bina kilangGiga bateri untuk pasaran Eropah

Views

Menurut salah satu portal penerbitan Jerman, Manager Magazin melaporkan Kumpulan Volkswagen bakal menjadi rakan kongsi dengan sebuah firma dari Korea, SK Innovation dengan nilai berbilion dolar untuk membina kilangGiga bateri bagi pasaran Eropah. Buat masa ini rundingan masih lagi berjalan dan keputusan muktamad masih lagi belum dibuat.

Dengan membina kilang sel baterinya sendiri, ia bakal membolehkan Volkswagen mengelakkan masalah kekurangan bekalan disebabkan oleh pengeluaran yang pantas dan pengenalan kenderaan elektriknya. Menjelang 2025, pengeluar kereta tersebut mahu menjual sekitar tiga juta unit kereta elektrik (EV) setahun.

Buat masa ini, sel bateri untuk pengeluar tersebut dibekalkan oleh LG Chem dan Samsung yang juga dari Korea. SK Innovation adalah pengeluar sel bateri ketiga terbesar di negara K-Pop tersebut. Idea Volkswagen untuk mengeluarkan baterinya sendiri telah mula timbul sepanjang tahun ini, dan pada bulan Ogos ketua eksekutif Volkswagen, Herbert Diess mengakui bahawa syarikat itu tidak seharusnya bergantung kepada pengilang bateri Asia dalam jangka masa panjang.

JOM BACA >> INTIP: Proton Iriz MC2 ‘ronda-ronda’ KL lagi, wajah hadapan kini lebih jelas kelihatan

Banyak laporan telah muncul sepanjang tahun menunjukkan bahawa Volkswagen telah memanaskan idea untuk . Pada bulan Ogos, ketua eksekutif Volkswagen, Herbert Diess mengakui bahawa syarikat itu tidak seharusnya bergantung kepada pengilang bateri Asia untuk jangka masa panjang. Jika mereka bersetuju untuk membina bateri sendiri, ia mungkin akan terus mengeluarkan bateri solid-state yang lebih canggih berbanding lithium-ion yang kini digunakan oleh industri.

Diess berkata, kemajuan dalam pemisah seramik telah meningkatkan daya maju pengeluaran massa sel solid-state dan turut mengakui bahawa Jerman adalah salah satu lokasi yang mungkin untuk kilangGiga Eropah. Kereta elektrik pertama Volkswagen adalah I.D. hatchback yang turut diberi julukan sebagai Neo. Kenderaan ini akan ditawarkan dengan pilihan tiga saiz bateri, yang menawarkan jarak antara 205 batu (330 km) dan 373 batu (600 km).

JOM BACA >> INTIP: Proton Iriz MC2 ‘ronda-ronda’ KL lagi, wajah hadapan kini lebih jelas kelihatan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply