ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi Triton dipanggil balik untuk ganti inflator beg udara

Views

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mengumumkan panggilan balik model trak pikap Triton untuk penggantian inflator beg udara. Ia melibatkan sebanyak 35,115 unit Triton yang dikeluarkan pada tahun 2006 hingga 2014. Varian yang terlibat pula adalah Triton 3.2-liter, Triton transmisi automatik dan manual 2.5-liter dan Triton VGT 2.5-liter. Ini adalah disebabkan oleh beg udara yang mungkin menyebarkan serpihan besi semasa ia berfungsi dan boleh mengakibatkan kecederaan kepada pemandu.

Menurut Yang Won-Chul, Ketua Pegawai Eksekutif MMM, “Keselamatan adalah keutamaan kami dan MMM mengambil inisiatif ini untuk memastikan keselamatan pelanggan serta memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku kepada para pelanggannya.”

Pada masa yang sama MMM turut melaksanakan kempen pembaikan untuk kerosakan suis lampu signal pada sebahagian kenderaan Mitsubishi yang dikeluarkan pada tahun yang sama. Kempen ini adalah untuk membaiki terminal yang berkaitan untuk mencegah dari pengoksidaan lanjut.

Surat notis akan dihantar kepada pemilik yang terlibat dan segala kos penggantian akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat. Pemilik kenderaan boleh menyemak status kenderaan mereka dengan menaip Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN) di laman web rasmi www.mitsubishi-motors.com.my.

MMM juga ingin mengingatkan kepada semua pemilik Lancer sedan yang dikeluarkan pada September 2004 hingga April 2006 untuk melayari laman web rasmi MMM untuk menyemak sama ada kenderaan mereka terjejas akibat inflator beg udara penumpang yang telah diumumkan pada awal tahun ini.

Pelanggan yang terlibat perlu segera membuat temu janji di mana mana pusat servis bertauliah Mitsubishi Motors untuk menggantikan komonen yang terlibat. Layari laman web www.mitsubishi-motors.com.my atau hubungi Customer Careline di talian 1-800-18-6611 (Isnin hingga Jumaat,  9:00 pagi -5.00 petang) untuk bantuan segera.

Triton Automatic and Manual Transmission

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply