ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lima sebab kenapa Proton perlu keluarkan SUV kompak berharga di bawah RM60K secepat mungkin

Views

Ingat tak lagi dengan kelibat satu model tanah liat SUV kompak yang diletakkan dalam Studio Rekabentuk Proton semasa Alami Proton edisi yang pertama? Kami pun tidak pasti sama ada ia hanya sebagai kajian ataupun Proton sengaja nak tunjukkan bakal SUV pertama keluaran mereka pada masa akan datang.

Sepatutnya inilah masa yang sangat sesuai untuk Proton memperkenalkan sebuah SUV kompak yang semakin mendapat permintaan di Malaysia mahupun di peringkat global. Pemain automotif dunia kini semakin berlumba-lumba untuk menghasilkan SUV bersaiz kecil yang mampu mengubah selera pembeli yang terlalu banyak dihidangkan dengan model model sedan dan hatchback.

Baiklah, kami senaraikan lima sebab kenapa Proton perlu mengeluarkan SUV kompak berharga di bawah RM60K dengan segera.

1. Platform segmen B telah ada (Iriz)

Untuk pengetahuan anda, platform generasi baharu Proton adalah modular yang boleh divariasikan kepada beberapa model seperti hatchback, sedan, MPV dan SUV. Penggunaan platform Iriz masih ditahap minima kerana hanya dua model sahaja telah dihasilkan, Iriz hatchback dan Persona sedan generasi baharu.

Sepatutnya ketika ini platform Iriz dah ada sekurang-kurangnya tiga model termasuk MPV dan boleh ditambah lagi menjadi SUV sekaligus dapat menjimatkan kos pembangunan platform serta boleh berkongsi bahagian kenderaan. Tak perlu lagi nak tukar lencana Suzuki Ertiga jadi Proton.

Proton boleh belajar bagaimana Honda memaksimakan platform Jazz mereka dengan menghasilkan City sedan, HR-V (SUV) dan Jazz/Fit Shuttle (MPV) yang dihasilkan dengan gaya rekabentuk yang berbeza dan kini menjadi antara model terlaris keluaran Honda setakat ini.

proton suv - funtasticko1

Imej janaan 3D Proton Vertex SUV rekaan Idiyaz Baharuddin

2. Usahasama dengan Suzuki untuk pembangunan SUV kompak

Kita semua dah sedia maklum Suzuki merupakan pakar kenderaan kompak selain Daihatsu. Suzuki juga ada teknologi SUV dan nama nama seperti Jimny dan Vitara telah menjadi begitu sinonim. Jika Maruti di India boleh berkolaborasi dengan Suzuki menghasilkan Vitara Brezza, Proton perlu menggunakan kesempatan ini untuk meyakinkan mereka yang SUV usahasama ini akan menjadi SUV untuk pasaran negara ASEAN atau ASIA dengan rekabentuk yang lebih menarik dan harga yang mampu dimiliki.

3. SUV masih belum ada dalam senarai model model Proton

Proton masih lagi belum ada segmen SUV walaupun telah lebih 30 tahun kewujudannya. Untuk tahun ini sahaja Proton akan lancarkan tiga buah sedan, Perdana, Persona dan Saga serta sebuah MPV segmen B hasil usahasama dengan Suzuki, Ertiga.

Dah terlajak sedan pula tahun ini, dan agak memeritkan apabila kami melihat ada kemungkinan Persona dan Saga akan bersaing sesama sendiri nanti, itu belum kena penangan sedan pertama Perodua lagi. Perdana pula jualannya mungkin dalam julat yang kecil kerana ia berada dalam segmen mewah. Jadi alangkah baiknya jika ada satu genre lain yang boleh mengubah selera pembeli.

4. Trend SUV kompak semakin meningkat

Kini SUV kompak mula digemari oleh orang ramai kerana genre ini unik dan ia lari daripada kebiasaan seperti sedan dan hatchback. Semakin banyak pengeluar automotif besar dunia seperti Toyota dan Volkswagen mula melihat SUV kompak ini lubuk baharu kerana kejayaan Honda menghasilkan HR-V yang kini semakin banyak permintaan seluruh dunia.

Walaupun Malaysia merupakan negara sedan, Proton sepatutnya tidak mengabaikan segmen ini kerana selera rakyat Malaysia kini beransur-ansur berubah untuk mencari segmen yang lain. Sesekali kena bagi pilihan kepada pengguna untuk memilih segmen yang lain juga, kalau tak pasaran menjadi tepu dan jemu.

5. Harga di bawah RM60K akan menjadikannya SUV mampu milik

Sebenarnya jika Proton menyahut cabaran ini kami yakin SUVnya boleh menjadi game changer dan membuatkan harga SUV dalam kategori ini menjadi semakin murah semata-mata untuk merebut pasaran. Jika dengan tanda harga sebegini pembeli boleh mengubah fikiran dan mencuba sesuatu yang baharu.

Perodua dahulu pernah mengeluarkan SUV kompak Kembara dan jualannya boleh dikatakan memberangsangkan walaupun pada ketika itu trend SUV masih lagi asing kepada kita. Proton juga perlu belajar daripada episod kegagalan Nautica yang disebabkan faktor harga terlalu tinggi untuk kenderaan berlogo tempatan.

Jadi ambillah jalan selamat dengan menghasilkan kenderaan yang mampu dimiliki oleh rakyat marhaen. Formula penentuan harga dah ada, cuma kena beri tumpuan pada aspek kualiti, khidmat selepas jualan dan rancanglah dengan teliti supaya nama Proton boleh berdiri megah lagi pada masa akan datang.

proton compact suv

Model tanah liat SUV kompak Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

25 Comments


  • STOP. BERANGAN. ,N. MIMPI. SIANG HARI ,. FOCUS APA YANG ADA. ,UPDATE SERVICE. ,N QUALITY PART, XYAH NAK ENTER MARKET BARU YG BELOM. TENTU. AKAN. JANA. PENDAPATAN, PELBAGAIKAN SEGMENT. TAK SEMESTINYA. PROTON AKAN.


  • Boleh je kalau nak buat suv compact jangan buat suv kompact.mcm haval m4 sudah..kecik muatan blkg, amik saiz saga flx lpas tu tggi kan mcm porsche..sekadar cdangan


  • Pemain pemotoran dunia menggunakan platform kereta sedia ada utk diubah menjadi suv dan mpv. Cth honda dr jazz jd city jd brv jd mobilio jd hrv.
    Yg sy terkilan dgn proton, proton agak krg proaktif dlm mencari peluang. Iriz tu pun krn nak lwn myvi.
    Syor sy jika proton nak keluarkan suv kompak, buat yg pacuan 2 roda cukup krn org lebih pentingkan gaya dan trend dan bkn nak masuk hutan.
    Lupakan pikup krn proton akan gagal krn tak tersaing dgn model pikup yg berlambak dipasaran. Fokuskan suv kompak.


    • Model pikup tidak boleh dilupakan.. Hasilkan pickup ‘kecil’ 2×2 1.5L turbo lingkungan harga 50k-60k pasti sambutannya menggalakkan..
      Manakala pickup 4×4 1.5L turbo pada harga 60k-70k..


    • Model pickup besar(3 tan) juga..
      Hasilkan pickup ‘besar’ 2×2 2.2L turbo RWD lingkungan harga 70k-80k..
      Manakala 4×4 2.2L turbo pada harga 80k-90k..
      Utamakan pasaran export berbanding domestic..


  • Aku ada 5 cadangan sebelum Proton bercadang nak keluarkan apa2 model baru (termasuk kompak SUV);

    1. Pastikan objektif & blueprint Proton itu sendiri jelas. Dan jangan kerap tukar top management. Era Syed Zainal adalah antara yang terbaik.
    2. Dapatkan Head Designer baru.
    3. Fokus pasaran eksport. Market domestik dah tepu.
    4. Realistik. Jangan over ambitous dan terlalu mencuba. Perodua cuma ada 3 produk tapi sales jauh mengatasi Proton yang ada 5-7 produk.
    5. Marketing perlu spot-on.

    Semoga berjaya, Proton.


    • budaya dlm industri bisness org kita sama spt dlm govt kakitgn awam.. tkperform mcm mna pun ttp dibyr gaji dn xboleh dipecat.

      cnth mcm si sepet head designer proton ni lah.. dia hidup dlm dunia SYOK SENDIRI dn DIAMPU olh PENGAMPU2.. akhirnya berbillion Proton terus rugii..

      maybe dlm Proton byk org2 yg ckp bohong dr mngment, RND, plant floor QC, PDI smpai ke service Proton Edar byk sbb nk kekal playsafe. Proton the best study case utk master thesis U bgaimana culture bodoh campur mengampu campur bntuan save dr krjn dlm kombinasi engineering marketing n pengurusan blh kekal hidup dgn kerugian slna 30 TAHUN…’ SYABASS’ LAAA PROTONGG…


  • Mmm… selepas amik kira isu semasa prootn, Proton hanya bleh keluarkan produk baru SUV selepas dpt meningkatkan jualan utk model2 pasarannnya seperti saga, persona, iriz. Ini kerana SUV bukan pasaran hangat di M’sia. Pelaburan yg tinggi dgn pulangan yg so n so akan menambah parah proton yg sedia ada. Kalau nk gak, buat jer JV dgn Suzuki ker kuar dgn model rebadge.

    Cheers!


      • sokong statement en. Savvy.
        mreka top2 MD Proton sndri xbrani antar ke export massively sbb depa tau produk mereka xde kualiti, no reliability, xyakin sbb bermslh byk.. stkt blh kencing dlm negara ni je.. brani lh.
        susah btul Proton nk ubah sikap melainkan STOP 100% bantuan slps ni.. bkn nk bg mampos tp bg hukuman dn pengajaran kpd top2 management yg mahabe ngap tuh. main kawtim atau rasuah dlman dgn vendor2? audit cmna??

        finally klu x change jg.. redho je lh Proton mampos.. apa blh buat lg.. xpyh nk bersentimen yg konon nnt ramai xde kje, bla tutup, nk bailout sampai bila lg… 100thn??


        • Mmm… kan dah kata ko jer yg layak jadi CEO proton:P Apply la bro… itu pun kalau layak la:P Ekeke:P sorry.

          Mana2 negara yg mempunyai industri automatifnya sendiri akan melakukan perkara yg sama bila mana entiti company auto negaranya punyai masalah. Company auto ikonik US seperti General Motors (GM) dan Ford dulu hampir muflis, juga pernah di bailout oleh gov nya. Bukan sahaja proton punyai masalah, even dulu KIA pun pernah diambang bankrup pada 1997 dan hyundai pula pada 2003. Apa yg penting company2 nie tak pernah menyerah kalah dan terus berjuang dlm industri dgn disokong rakyatnya dan lihat di mana mereka hari ini. Ini yg patut dijadikan inspirasi oleh protn dan rakyat M’sia. Berfikiran positive utk maju n sentiasa memperbaiki diri.

          Cheers!


          • En. Fauzan.
            Macamana nak apply post CEO Proton? Aku memang seriously nak apply.

            Janganlah nk compare Proton dengan US Big 3 tu… Tengok skala industry mereka, berapa million kereta diorang dah jual seluruh dunia dan billion contribution mereka pada GDP US.
            Paling penting belajar apa yang US Gov plan utk Big 3 masa recession period, dan apa hasil selepas Big 3 ni recover.

            Selagi Proton masih hidup dalam alam sendiri, selagi DRB tak cukup agresif nak rejuvunate Proton, bagi peluang 30 tahun lagi pun Proton tetap sama.

            Semoga berjaya, Proton.


          • En. Fauzan
            Ya kerajaan US pernah bail out GMC sebanyak USD 8 bill ketika GMC terbeban hutang dan telah memberhentikan beribu pekerja serta hampir bankrap.. Sekarang dimana GMC? menjadi ikon automotif US, banyak syarikat automotif US di bawah naungan GMC.


          • Mmm… bro Savvy, itu sekadar ayat gurau perli, xkn x faham?:P Tapi sy rasa kalau betul2 ko nk apply rasanya comfirm x dpt. Ekeke. Jgn marah:P

            Bro Saga3, itu la yg sy question mark kn. Sbb tu kisah GM, KIA, Hyundai dll. yg kini telah berjaya perlu di jadikan inspirasi utk keluar dri kemelut permasalahan. Gagal tidak bermakna gagal selama2nya. Walau pernah jatuh, putus asa… no way! Bangun dan terus konsisten berusaha hingga berjaya… adoii… dah mcm ayat motivator la plak!:) ekeke. cam tu lah…

            Cheers!


  • GUA SETUJU GUNAKAN PLATFORM SUZUKI SUV.LU INGAT MITSUBISHI TAK BANKRAP RENAULT BELI MITSUBHI DAN NISSAN. GUA INGAT LU TAK TAHU PASAL INI.SOALAN GUA RASUAH KAH.MEMANG RAMAI NAK PAKAI SUV UNTUK KERETA KE-4.


  • Proton ibarat ‘hak istimewa org melayu’ yg perlu di pertahankan agar terus menyinar di bumi malayu..thats why tak mustahil bantuan kerajaan sana sini diteruskan sejak dahulu


  • Jika Proton nak masuk segmen SUV, yang paling baik rasanya mulakan dengan Rebadging SUV 2wd. SUV tak pernah pun orang buat masuk hutan selain Perodua Kembara tu. Tu pun bukan semua. Kebanyakkannya city drive je.

    SUV pulak kena la tinggi. Baru sesuai. Kalau macam Iriz @ Suprima tu rendah. Saya sebagai peminat SUV, saya minat SUV tinggi.

    Please, mesti ada Manual Transmission. Lebih seronok pandu.

Leave a Reply