Ini berita baik buat peminat permotoran tempatan. Malaysia Autoshow 2025 yang bakal berlangsung di Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS) mulai 9 hingga 15 Mei nanti ‘bakal dihangatkan’ dengan kemunculan dua model EV baharu daripada pengeluar automotif tempatan!
Menurut informasi yang kami terima, dua jenama kereta nasional iaitu Proton dan Perodua dijangka akan mempamerkan model EV terbaharu di reruai masing-masing.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
Besar kemungkinan Proton akan mempertontonkan model EV kedua mereka iaitu e.MAS 3/5 yang bakal dilancarkan pada akhir tahun ini.
Perodua pula dijangka akan mempamerkan versi pengeluaran model kenderaan elektrik bateri (BEV) pertama mereka yang berasaskan model konsep eMO-II.
Pada ketika ini, kelibat unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II telah mula ‘turun ke jalanan‘ dan telah berjaya ditemui oleh orang awam.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
EV kedua Proton, iaitu model hatchback 5-pintu yang berasaskan model Geely Geome Xingyuan masih lagi belum memulakan ujian jalan raya.
Kedua-dua model EV itu nanti dijangka bersaing sengit dan bakal dijual dengan tanda harga di bawah RM100,000.
Perodua bakal menghasilkan model EVnya di kilang baharu yang khusus untuk kenderaan elektrik, manakala Proton juga akan memasang e.MAS 3@5 di kilang EV baharu mereka yang kini sedang dalam pembinaan di Tanjung Malim.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto asal kredit Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
KOMEN TERKINI