ARKIB

KATEGORI

Buletin

Moratorium – Tiada faedah terkompaun atau penalti lewat bayar dikenakan

Berita Tempatan

Views

Astro AWANI melaporkan, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan bank tidak akan mengenakan faedah terkompaun atau penalti lewat bayar kepada peminjam yang memohon moratorium.

Menurutnya, dalam perjumpaan bersama bank baru-baru ini, kerajaan membangkitkan perkara tersebut dan bank bersetuju untuk melaksanakannya. Pelaksanaan moratorium yang diumumkan semalam sama sahaja konsepnya seperti diumumkan tahun lepas.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Jelas beliau, fokus moratorium adalah untuk membantu aliran tunai bagi mereka yang terkesan, golongan B40, M40 dan T20. Tambahnya, rakyat mahukan pertolongan dan pihaknya pun bercakap dengan bank-bank supaya membantu dan memudahkan proses tersebut.

Katanya, orang ramai hanya perlu membuat permohonan secara dalam talian, pergi ke cawangan dan mereka akan mendapat kelulusan secara automatik, tanpa ada sebarang pertanyaan dan tidak perlu mengisi apa-apa borang.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Tegasnya, sekiranya ada bank mengenakan faedah terkompaun dan penalti, peminjam boleh membuat aduan kepada pihak berkaitan. Ujarnya, bank-bank telah bersetuju untuk memberi bantuan kepada mereka yang terkesan secara automatik.

Tambah beliau lagi, fokus utama pemberian moratorium itu adalah untuk membantu rakyat memiliki wang tambahan semasa tempoh sukar sebegini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tengku Zafrul

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply