ARKIB

KATEGORI

Buletin

MRV buatan sendiri bernilai RM1.6 juta milik NGO bantu mangsa banjir di Pasir Mas

Berita Tempatan

Views

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menampilkan kelainan dengan menggunakan Kenderaan penyelamat pelbagai guna (MRV) buatan sendiri bernilai RM1.6 juta untuk menyelamat serta mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Bungor di Pasir Mas.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Malay, Chinese, Indian and Others (MCIO), Datuk Shaiful Nizam Abdullah berkata, kenderaan MRV itu berkemampuan untuk melaksanakan pelbagai fungsi antaranya mengangkut barangan, menjana elektrik dan menapis air mentah untuk dijadikan air minuman.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Ujarnya, dalam keadaan banjir, lori biasa tidak boleh masuk ke kawasan yang paras airnya dalam. MRV ini boleh sebab ia direka supaya dapat menempuh air sedalam 2.4 meter (m) (lapan kaki).

Tambahnya, kenderaan pacuan empat roda berketinggian 4.5 m (15 kaki) itu membolehkan MCIO meningkatkan keupayaan membantu di kawasan bencana di seluruh Semenanjung.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas mengagihkan bekalan makanan serta menyantuni kira-kira 50 mangsa daripada 11 keluarga yang terperangkap di Kampung Bungor di sini semalam.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Program itu turut melibatkan kerjasama Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan.

Sementara itu, Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan ICU JPM Kelantan, Jasri Kasim berkata, pihaknya melihat penggunaan MRV dalam misi banjir adalah praktikal dan boleh dikembangkan di Kelantan memandangkan negeri berkenaan sering terkesan akibat bencana alam itu.

Tambah beliau lagi, pihaknya akan menilai keperluan MRV untuk meningkatkan kesiapsiagaan dan melengkapi aset sedia ada di Kelantan. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply