ARKIB

KATEGORI

Buletin

IMPRESI ARTIS: Proton Sawi versi Theottle, bakal kembar Geely Pak Choy?

Impresi Artis

Views

Hatchback sudah, GT sudah, Wagon sudah, Coupe hatchback pun sudah. Nampaknya sahabat kami yang pakar dalam manipulasi digital, Theophilus Chin@Theottle betul-betul ‘mengeksplorasi’ elemen reka bentuk model Proton S70.

Kali ini Theottle atau nama samarannya ‘Theolipas’ membuat satu lagi uji kaji dengan mengadaptasikan elemen reka bentuk Proton S70 kepada kereta lebih kecil, atau lebih tepat lagi menjadi sebuah hatchback segmen-A.

Sejak kepupusan ‘Savvy‘, tiada lagi model hatchback kecil Proton yang menjadi pesaing kepada model hatchback segmen-A Perodua.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Yang tinggal hanyalah Iriz, ibarat sekadar pelengkap kouta segmennya yang didominasi oleh “King” atau Perodua Myvi.

Lebih menarik, Theottle turut menggunakan model Perodua Axia sebagai asas rekaannya. Dengan memindahkan elemen reka bentuk Proton S70 kepada model tersebut, ia telah diolah dengan cukup baik.

Agak melucukan, nama yang telah diberikan oleh Theottle untuk model rekaannya ini adalah Proton Sawi. Namun, setakat ini Geely tidak mempunyai model hatchback segmen-A di pasaran dan jika ada, ia mungkin diberi nama ‘Pak Choy‘.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Secara keseluruhan reka bentuk Proton Sawi versi Theottle cukup menarik dengan penggayaan ala model kompak keluaran Eropah. Mungkin, Proton atau Geely boleh bekerjasama untuk membangunkan model segmen ini kerana ia mempunyai potensi yang cukup baik.

Setakat yang penulis tahu, ada ura-ura mengatakan Proton akan membangunkan sendiri reka bentuk model pengganti Saga, Persona dan juga Iriz (yang bakal berubah menjadi SUV/crossover mini) menggunakan pelantar dan juga enjin dari Geely.

Namun, ia bukanlah dalam masa terdekat kerana kita perlu menunggu setidak-tidaknya dua tahun lagi untuk melihat model-model ini menjadi realiti. Lepas ini agaknya versi apa pula yang Theottle akan hasilkan nanti, anda boleh menonton pembikinan Proton Sawi di bahagian atas.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theottle

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply