ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nama SUV pertama Proton bakal diumum esok?

Views

Kami baharu sahaja mendapat perkhabaran, Proton bakal membuat satu pengumuman penting esok. Mat Bond terus dihantar untuk melakukan risikan dan menurut info yang diperolehinya, Proton dijangka mengumumkan nama rasmi SUV pertamanya hasil kerjasama strategik bersama Geely. Namun nama SUV tersebut masih lagi rahsia yang disimpan ‘ketat’ oleh pihak Proton.

JOM BACA >> PANAS : SUV Proton Tanpa Celoreng Penyamaran Berjaya Dikesan Di China!

Mat Bond turut memberitahu kami, berkemungkinan tempahan untuk SUV tersebut akan mula dibuka pada 20 September nanti, namun harga dan maklumat lain tidak diperolehi buat masa ini. SUV pertama Proton dibangunkan dari pelantar model Geely Boyue facelift 2018 dan ia akan mempunyai dua fasa, fasa pertama dengan sedikit perubahan kosmetik dan akan diimport sepenuhnya dari China manakala fasa keduanya akan dipasang secara tempatan di Tanjung Malim dan akan menerima perubahan kosmetik yang lebih ketara dari model sebelumnya.

Apapun, esok kita tunggu sahajalah pengumuman nama rasmi SUV Proton dan manalah tahu nama yang anda cadangkan sebelum ini terpilih nanti. Dengar cerita nama dia singkat je, tapi kami tak tahu langsung apa namanya. Pandai awok simpan rahsia ye!

Foto kredit Ajerul.

JOM BACA >> Perodua Lancar Alza Berwajah Baharu – Tempahan Kini Dibuka

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply