ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW 6 Series Gran Turismo dilancarkan

Views

BMW Malaysia baharu sahaja memperkenalkan BMW 6 Series Gran Turismo yang pertama menerusi varian BMW 630i GT yang dipasang secara tempatan. Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia En. Harald Hoelzl berkata BMW 6 Series GT menambah satu lagi dimensi dan penawaran baharu dalam portfolio produk mewah moden jenama tersebut.

Ciri-ciri unik generasi kenderaan yang terdahulu kini diperhalusi dan dibawa ke tahap yang baharu dalam BMW 6 Series GT, dengan evolusi sistematik yang ketara dilihat melalui keanggunan jentera ini yang serba sporty, selain daripada kelengkapan yang canggih, sistem bantuan dan pengawalan yang inovatif, serta kemajuan dalam aspek dinamisme dan kecekapan. Anggaran harga jualan (atas jalan, tanpa insurans) bagi BMW 6 Series GT ialah RM 450,000.00.

Apa ciri-ciri menarik BMW 6 Series Gran Turismo?

  • Konsep badan kenderaan yang berjaya merangkul anugerah berprestij – BMW EfficientLightweight bercirikan praktikaliti moden dan menerima Anugerah ‘EuroCar Body’ yang berprestij pada tahun 2017.
  • Penggunaan aluminium dan keluli berkuatan tinggi bagi struktur badan dan komponen casis kenderaan berjaya mengurangkan beratnya hampir 150 kilogram berbanding model-model yang terdahulu.
  • Ruang dalaman lebih lapang dan posisi tempat duduk yang dinaikkan bagi memberi kelebihan pemandangan bagi setiap penumpang.
  • Tiga tempat duduk yang lengkap pada bahagian belakang mempunyai ruang kaki dan ruang kepala yang luas walaupun garis bumbung kenderaan ini secara keseluruhannya disingkatkan.
  • Pintu but berseksyen tunggalnya boleh dibuka dan ditutup dengan kuasa elektrik, serta fungsi ‘Comfort Access’ membolehkan operasi tanpa penggunaan tangan yang sebaliknya boleh diakses melalui pergerakan kaki.
  • Ruang bagasi pula ditingkatkan sebanyak 100 liter kepada 610 liter berbanding model yang terdahulu.
  • BMW 6 Series GT dilengkapi dengan lensa lampu depan LED ‘Adaptif’ yang mengunjur ke gril kidney BMW yang ikonik.
  • Jarak rodanya berukuran 3,070 milimeter.
  • Set tingkap pintunya pula tidak berbingkai.
  • Roda 20 inci ‘M light-alloy dwi-jejari 648 M’ yang hadir dalam dwiwarna (dengan set tayar bercampur).
  • Tingkap belakang yang bercerun menggayakan keperibadian coupé dan ia bersambung dengan lampu belakang LED yang berbentuk tiga dimensi.
  • Pengawal flap udara aktif dan komponen yang lain termasuk ‘Air Curtains’, ‘Air Breathers’ dan spoiler belakang yang boleh mengunjur secara automatik (diaktifkan apabila kenderaan ini mencecah kelajuan 110 km/j) untuk mengurangkan kadar pekali seret (Cd) daripada model terdahulu yang berjumlah 0.29 kepada kadar yang terbaharu: 0.25.
  • Sistem suspensi Adaptif dengan ‘Dynamic Damper Control’ serta suspensi udara pada gandar hadapan dan belakang yang dikawal secara elektronik.
  • Suspensi udara dwigandar membolehkan ketinggian kenderaan ini dilaraskan secara manual untuk menambah ruang kelegaan tanah sebanyak 20 milimeter dengan hanya menekan butang.
  • Ia juga boleh direndahkan lagi sebanyak 10 milimeter secara manual dengan menekan butang, atau secara automatik apabila mod SPORT diaktifkan melalui suis ‘Driving Experience Control’, atau apabila kenderaan ini melebihi tahap kelajuan 120 km/j untuk mengurangkan ‘seretan’.
  • Dikuasakan oleh enjin TwinPower Turbo 2.0 liter yang digandingkan dengan transmisi Steptronic lapan kelajuan. Ia menjana output maksimum yang mencecah 190 kW/258 kk (kuasa kuda) serta puncak tork setinggi 400 Nm serta boleh memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam masa 6.3 saat.
  • Penggunaan bahan bakar gabungan sebanyak 6.6 liter bagi setiap 100 kilometer dan emisi CO2 sebanyak 152 gram bagi setiap kilometer.

JOM BACA >> PANAS : SUV Proton Tanpa Celoreng Penyamaran Berjaya Dikesan Di China!

  • Dikuasakan oleh enjin TwinPower Turbo 2.0 liter yang digandingkan dengan transmisi Steptronic lapan kelajuan. Ia menjana output maksimum yang mencecah 190 kW/258 kk (kuasa kuda) serta puncak tork setinggi 400 Nm serta boleh memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam masa 6.3 saat.
  • Penggunaan bahan bakar gabungan sebanyak 6.6 liter bagi setiap 100 kilometer dan emisi CO2 sebanyak 152 gram bagi setiap kilometer.
  • Sistem iDrive, lengkap dengan ‘Touch Controller’ yang terletak di konsol pusat serta ‘Control Display’, yang kini hadir dengan skrin sentuh ‘freestanding’. Paparan resolusi tinggi pula kini mempunyai skrin berpenjuru yang bersaiz 10.25 inci.
  • Fungsi arahan suara yang diperbaik, dan ‘BMW Gesture Control’, serta Paparan ‘Head-Up’ BMW generasi baharu.
  • Stereng ‘M Sport’, papan pemuka ‘Sensatec Leather’ dan ‘Fineline Ridge’ yang menggunakan bahan ‘Fine Wood’ dengan kemasan krom (Pearl Gloss Chrome).
  • Sistem Bunyi Keliling Harman Kardon juga memanfaatkan kelebihannya melalui penawaran sensasi pendengaran yang luar biasa.
  • BMW 6 Series GT dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu seperti – Amaran Pengeluaran Laluan (Lane Departure Warning), Amaran Penukaran Laluan (Lane Change Warning), Amaran Perlanggaran dan Pejalan Kaki (Collision and Pedestrian Warning) dengan Mitigasi Perlanggaran dalam Kawasan Bandar (City Collision Mitigation), Amaran Perentasan Trafik (Crossing Traffic Warning), dan Info Had Laju (Speed Limit Info).
  • Ia turut dilengkapi dengan pembantu mobiliti peribadi digital BMW ConnectedDrive.

BMW 6 Series GT menyediakan seleksi pilihan warna lauaran yang merangkumi warna Putih (Alpine White), Biru (Bluestone), Hitam (Carbon Black) dan Kelabu (Sophisto Grey) yang dipadankan dengan warna interior, iaitu dalam varian Hitam (Leather Dakota Black). Khusus untuk pilihan padanan warna Hitam (Carbon Black) dan Kelabu (Sophisto Grey), pilihan tambahan ‘Leather Dakota Cognac’ juga ditawarkan.

Ia boleh didapati melalui kesemua pengedar BMW yang bertauliah di dalam negara bermula dari hari Sabtu, 8 September 2018. Dengan ‘Balloon Financing Plan’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, model ini boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula dari RM 5,178.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus bagi tempoh lima tahun).

Pemilik BMW 6 Series GT juga boleh menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia, dan ia merangkumi:

  • Waranti Perbatuan tanpa Had selama 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma.
  • Program Waranti Tayar selama 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis ‘Run Flat Tyre’.
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW.
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card.
  • Servis Atas Talian oleh BMW.

JOM BACA >> Perodua Lancar Alza Berwajah Baharu – Tempahan Kini Dibuka

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply