ARKIB

KATEGORI

Buletin

NAZA Bikes lancar motosikal N5

Views

NAZA N5_0002

NAZA Bikes Sdn Bhd baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah lagi model motosikal naked NAZA N5, bertempat di NAZA Automall, Petaling Jaya. NAZA N5 berkuasa 250cc dipadankan bersama kotak gear 6-kelajuan, menggunakan enjin DOHC 4-injap silinder-tunggal dengan penyejukan cecair. N5 amat mesra pengguna dan amat mengujakan untuk ditunggang.

NAZA Bikes mensasarkan pelanggan antara usia 18 hingga 45 tahun dan berharap jualan model ini mampu mencecah 300 unit sebulan, (anggaran kasar 3600 unit setahun). Yang paling menarik sudah tentu tanda harganya yang sangat berpatutan, hanya RM13,988 (harga atas jalan) untuk 500 pembeli pertama! Hanya dua pilihan warna ditawarkan, iaitu hitam dan putih.

NAZA Bikes telah memulakan program eksportnya pada 2009, di mana Iran menjadi negara pertama yang menerima kemasukan motosikal jenama NAZA, diikuti oleh Brunei. NAZA Bikes kemudiannya memasuki pasaran Kemboja, yang merupakan batu loncatan ke rantau IndoChina dan merupakan permulaan kepada perluasan pasaran antarabangsanya yang bakal berkembang ke Vietnam dan Indonesia.

* Model N5 ni adalah versi rebadged Hyosung Exiv 250. Tanda harga yang amat menarik pasti akan memberi cabaran kepada KTM Duke.

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply