ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan acah imej crossover elektrik baharu semasa umum pembinaan kilang bateri di UK

Berita Global

Views

Nissan telah mengumumkan perancangan mereka untuk ke arah elektrifikasi. Ini termasuklah pembinaan Hab EV andalan bernilai £1 bilion (RM5.73 bilion) di Sunderland, UK bersama fasiliti pengeluaran bateri baharu Envision AESC.

Dalam masa yang sama, Nissan turut mengesahkan yang mereka akan membina sebuah crossover elektrik baharu di UK untuk pasaran global sambil mengacah imej model tersebut.

Pelaburan itu nanti dijangka membuka sebanyak 6,200 peluang pekerjaan baharu di UK, merangkumi lebih 900 orang di Nissan dan 750 di Envision AESC. Envision AESC telah menjalankan operasi kilang bateri pertama Eropah di Sunderland sejak 2012 yang menghasilkan bateri untuk Nissan LEAF dan eNV200.

Kos Servis Toyota Yaris VS Honda Jazz di Malaysia 2021

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Syarikat itu bakal membina kilang giga baharunya di International Advanced Manufacturing Park (IAMP) dan kilang ini bakal membekalkan bateri untuk hampir 100,000 kenderaan elektrik Nissan setahun.

Kilang ini akan mempunyai kapasiti awal 9GWh namun ia mampu mencapai 25GWh menjelang 2030. Kapasiti ini berpotensi untuk ditingkatkan sehingga 35GWh pada masa depan dan ini sekali gus setanding dengan kilang gigaTesla di Nevada.

Syarikat dari China itu merancang pembuatan teknologi sel bateri Gen5 yang memberikan peningkatan 30 peratus kepadatan tenaga sekali gus menawarkan jarak yang lebih jauh.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Nissan turut mengumumkan sebuah crossover elektrik untuk pasaran global yang akan dibina di UK dengan jumlah pengeluaran sehingga 100,000 unit setahun. Model ini akan dibangunkan dari pelantar CMF-EV yang turut menjadi asas kepada model Nissan Ariya dan Renault MéganE.

Crossover elektrik yang masih belum mempunyai nama ini menampilkan reka bentuk garis bumbung gaya-coupe, roda berdiameter besar dan gaya reka bentuk generas baharu Nissan dengan lampu LED yang futuristik.

Harganya dijangka lebih mampu milik berbanding Ariya dengan teknologi bateri baharu. Selain itu, Nissan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Sunderland, akan membina sebuah Microgrid yang terdiri daripada ladang solar dan fasiliti penstoran bateri 1 MW yang dihasilkan daripada bateri terpakai.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply