ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan Almera kini tampil dengan wajah baharu!

Views

01 New Nissan Almera_NISMO_Side_ w BG

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah melancarkan Nissan Almera facelift dengan penampilan yang lebih dinamik. Sejak diperkenalkan pada October 2012, Nissan Almera telah menjadi model Nissan yang terlaris di negara ini dengan 56,000 unit (56,583) telah berada di atas jalan. Nissan Almera Baharu memiliki bampar hadapan rekaan baharu, jeriji hadapan tiga dimensi, lampu utama multi-reflektor yang baru, perumah lampu kabus dengan kemasan krom, lampu isyarat membelok pada cermin sisi dan rim aloi berjejari-Y bersaiz 15 inci.

Semua ciri baharu ini digabungkan bersama kemasan krom, garis-garis yang kemas serta bahagian sisi lebar yang menjadikan Almera sebuah sedan yang bergaya dan elegan. Almera NISMO Performance Package turut membuat penampilan global yang tampil lebih agresif dan aerodinamik. Pakej ini merangkumi bampar spoiler hadapan dan belakang, skirting sisi, trunk lid spoiler, rim aloi bersaiz 16 inci dengan tayar Continental, peredam ekzos sports serta sistem suspensi berprestasi tinggi.

Almera Baharu boleh didapati dalam varian E (Manual dan Automatik), V serta VL – dengan pilihan naik taraf kepada Almera NISMO Performance Package atau NISMO Aero Package. Antara ciri-ciri baru pada model ini ialah stereng baharu yang dilengkapi butang kawalan audio, Fine Vision Meter dengan Paparan Multi-Maklumat (MID) dan konsol tengah yang direka semula dengan kemasan hitam piano selain sistem Navigasi Media berasaskan Android dengan skrin bersaiz 6.5 inci. Sistem itu menawarkan ketersambungan internet bersama Sistem Kedudukan Akustik Maya (Virtual Acoustic Positioning System (VAPS), Kamera Pandang Belakang, iPod, USB dan Bluetooth.

10-New-Nissan-Almera_Interior

Sedan ini dikuasakan oleh unit enjin 1.5 liter empat silinder HR15DE dengan sistem Continuously Variable-valve Timing Control (CVTC) yang menawarkan pecutan serta penjimatan bahan api mengagumkan, iaitu 14.9km\l untuk transmisi automatik, dan 15.9km/l bagi varian bertransmisi manual. “Almera Baharu kini hadir bersama ciri-ciri inovatif yang menggabungkan aspek elegan dan sporty dengan sempurna menerusi pakej-pakej NISMO yang baru. Dengan penambahbaikan tersebut, model Almera Baharu bukan sahaja ekonomikal, malah cukup bergaya.” kata Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng.

Sempena ulang tahun NISMO yang ke-30, ETCM menawarkan para pelanggan diskaun yang menarik ke atas pakej-pakej NISMO dengan setiap pembelian Almera Baharu. Para pelanggan juga boleh menikmati diskaun tambahan daripada Pakej Elegance, Pakej Navi dengan Pemain DVD, dan Pakej Navi dengan Ketersambungan Internet. Almera Baharu hadir dalam lima warna iaitu Graphite Blue, Diamond Black, Bronze Gold, Brilliant White dan Tungsten Silver. Harga bagi Nissan Almera Baharu ditawarkan pada RM 66,900 (varian E Manual), RM69,900 (varian E Automatik), RM 76,900 (varian V) dan RM 79,900 (varian VL). Harga di atas jalan dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (yang mana terlebih dahulu).

Nissan Almera Baharu kini boleh didapati di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara bermula 9 Januari dan 16 Januari, 2015, untuk menikmati aktiviti-aktiviti eksklusif Nissan Almera Baharu. Orang ramai juga dijemput untuk melihat Nissan Almera Baharu dengan mengunjungi siri jelajah Nissan yang akan diadakan di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara dari 8 Januari 2015.

Berikut adalah lokasi siri jelajah Nissan yang turut mempamerkan Almera facelift :-

6 – 11 Jan 2015 – 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya
8 – 11 Jan 2015 – Village Mall, Alor Setar
9 – 11 Jan 2015 – Giant, Tawau
14 – 18 Jan 2015 – Alamanda Shopping Centre, Putrajaya
15 – 18 Jan 2015 – Queensbay Mall, Penang
16 – 18 Jan 2015 – Center Point, Kota Kinabalu
18 – 24 Jan 2015 – Tesco, Kota Bahru
23 – 25 Jan 2015 – Star Megamall, Sibu
30 – 1 Feb 2015 – Paradigm Mall, Petaling Jaya
30 – 1 Feb 2015 – Imperial City Mall, Miri

Harga atas jalan Nissan Almera (dengan insurans):-

Almera E (Manual)Almera E (Auto)Almera VAlmera VL
RM 66,900RM 69,900RM 76,900RM 79,900

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

06-New-Nissan-Almera_Diamond-Black_Rear 07-6.5-inch-screen_Android-based-Multimedia-Navigation-system 08-New-Nissan-Almera_Center-Console 10-New-Nissan-Almera_Interior

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments


    • Mmm… Almera tu B segment, compete dgn vios n honda city. Harga dlm RM66K. Preve tu C segment dlm kategori yg sama dgn Civic, Elantra, Sylphy, Peugeot 408, VW jetta n toyota Altis. Harga Preve dlm RM60K. Berbaloi2 kot. The choice is urs!:)

      Cheers!


      • Tu yg kwn hairan,ape pasal org yg ambik almera ni x ambik preve..kalu dia bleh nampak ‘kecantikan?’ almera, cam mane bleh miss kecantikan tersembunyi preve tu..

Leave a Reply