ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Honda HR-V bakal menggegar!

Views

All-New HR-V_back

Model SUV kompak kini semakin mendapat perhatian dikalangan pembeli kereta baharu di Malaysia. Tidak lama lagi adik kepada CR-V yang akan dikenali sebagai HR-V bakal dilancarkan dan ia bakal menggegar pesaing terdekat seperti Ford EcoSport, Peugeot 2008 dan Great Wall M4. Kalau anda semua nak tahu, HR-V itu bermaksud Hip & Smart Runabout Vehicle dan ia akan dikuasakan oleh enjin 1.8L i-VTEC SOHC dikombinasikan bersama kotak gear CVT yang dibangunkan dengan teknologi Earth Dreams. Dengan teknologi canggih ini ia dijangka memberikan prestasi pemanduan yang unggul selain penjimatan bahan api.

Rekaannya yang kompak dan sporty yang membawa imej baharu Honda tampil lebih menawan dengan gabungan lampu utama bersama lampu nyalaan siang LED dan jeriji hadapan yang membentuk konsep “Solid Wing Face”. HR-V turut dipadankan dengan rim aloi bersaiz 16-inci. Lampu belakangnya pula dihiasi dengan susunan LED yang menambahkan lagi keanggunan model ini.

Honda-Vezel-at-Auto-China-2014

Ruang kabinnya pula bercirikan moden namun disusun atur dengan gaya yang ringkas dan kemas. Beberapa ciri menarik seperti ketersambungan USB dan HDMI, tujuh pemegang cawan, paparan skrin sentuhan utama bersaiz 7-inci, 6 pembesar suara, butang penghidup enjin dan panel penyaman udara dengan skrin sentuhan automatik melengkapi ruang dalam kabinnya. Bukan itu sahaja malah kemasan tempat duduk dihiasi balutan kulit selain tempat duduk belakang yang boleh dilaras dan dilipat untuk menambahkan lagi ruang kargonya.

HR-V amat menitikberatkan aspek keselamatan dengan adanya ciri-ciri seperti ABS, EBD, BA, VSA, HSA, ESS, kamera undur, Isofix serta 6 beg udara. Tempahan untuk  HR-V kini telahpun dibuka dan bersempena dengan pelancaran rasminya tidak lama lagi, Honda Malaysia telah mula mmulakan siri jelajah HR-V ke seluruh Malaysia di beberapa lokasi yang terpilih.

Antara lokasi yang bakal menjadi persinggahan HR-V adalah Mid Valley, Kuala Lumpur (6-11 Januari), Sunway Carnival, Pulau Pinang (9-11 Januari), Avenue K, Kuala Lumpur (12-14 Januari), Paradigm Mall, Petaling Jaya (16-18 Januari), KSL Mall, Johor Bahru (16-18 Januari) dan Village Mall, Sungai Petani (23-25 Januari).Kepada yang ingin melihat HR-V secara lebih dekat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut serta membuat tempahan anda boleh kunjungi mana-mana lokasi yang disebutkan tadi ye!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Tengok da kereta ni semalam di MidValley.
    Secara keseluruhan boleh dikatakan “not bad” jugaklah kereta ini.
    Cuma tak boleh nak view interior sebab dikepung oleh perisai berkaca di sekelilingnya…hehe

Leave a Reply