ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan Grand Livina kini dengan pakaj IMPUL baharu

Views

Nampak semakin garang Nissan Grand Livina dengan pakej IMPUL yang baharu. Laman Facebook rasmi Nissan Malaysia telah memuat naik foto model tersebut sejak 1 Julai yang lalu. Nissan Grand Livina dengan pakej IMPUL terkini menampilkan kit badan, pelebar lengkung tayar, spoiler dan jeriji rekaan baharu dan juga sistem suspensi sport serta sistem ekzos. IMPUL turut menawarkan pakej rim aloi dan tayar khusus untuk Grand Livina.

Harga bagi rim aloi dengan rekabentuk baharu bersaiz 17 inci dengan warna dua tona dijual pada RM4,770.00 (satu set 4 unit tidak termasuk GST) manakala harga tayar Continental ContiMaxContact MC5 bersaiz 17 inci (205/45 R17)  pula berharga RM1,822.00 (satu set 4 unit tidak termasuk GST).

Kami akan cuba mendapatkan butiran lanjut mengenai varian terbaharu ini, nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply