ARKIB

KATEGORI

Buletin

PANAS : Adakah ini bakal generasi baharu Ford Ranger?

Berita Global

Views

Para peminat trak pikap khususnya model Ford Ranger pasti akan teruja dengan berita ini. Menurut laman sesawang Whichcar.com.au foto-foto bocor ini dikatakan model generasi baharu Ford Ranger yang bakal membuat kemunculan pada tahun 2021.

Namun setakat ini pihak Ford hanya ‘mengunci mulut’ dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung foto-foto ini. Ada juga kemungkinan ia mungkin model pikap masa depan daripada pesaing jenama Ford dan menurut sumber sebuah prototaip telah berjaya dikesan di pinggir kota Melbourne baru-baru ini.

JOM BACA >> INTIP: Kelibat unit ujian pertama Proton X50 berjaya dikesan

Prototaip tersebut dari gaya reka bentuk serta perincian jelas mempunyai pengaruh rekaan dari jenama Ford terutama sekali model F-Series. Mungkin juga ia merupakan model tanah liat generasi baharu Ranger dan bukan prototaip yang boleh dipandu uji.

Secara kasarnya bentuk luaran model pikap misteri ini sepadan dengan model Volkswagen Amarok 2022 yang berkongsi pelantar dengan generasi baharu Ranger. Jika benar model pikap misteri ini generasi baharu Ranger ia sudah pasti bakal mengulangi pencapaian cemerlang model tersebut di peringkat global.

Pada kami rekaan ini sangat moden dan futuristik terutama sekali pada bahagian wajahnya yang nampak ‘sado’ dan terserlah keperkasaannya. Apa pun, kita nantikan perkembangan selanjutnya model pikap misteri ini dari semasa ke semasa. Teruskan kesetiaan anda bersama kami!

JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona facelift bakal diperkenalkan bulan depan?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply