ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jazz Mugen dan BR-V Special Edition diperkenalkan – Terhad hanya 300 unit

Berita Tempatan

Views

Semalam Honda Malaysia telah memperkenalkan dua model edisi khas, Jazz Mugen dan BR-V Special Edition. Kedua-dua model ini hanya akan dikeluarkan sebanyak 300 unit setiap satu. Model kompak Jazz Mugen didatangkan dengan kit badan Mugen yang merangkumi bampar depan Aero, lampu kabus depan LED, jeriji depan sport dan kemasan pada pintu belakang.

Selain itu model ini turut dipasang dengan spoiler sisi, spoiler belakang dan spoiler pada pintu belakang.  Edisi khas Mugen ini adalah hasil daripada maklum balas pasaran yang mahukan model Jazz tampil dengan gaya yang lebih sporty dan pada masa yang sama masih kekal praktikal.

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada 2003, lebih dari 90,000 unit Jazz telah pun terjual setakat ini. Jualan Jazz setakat Disember 2018 berjaya melebihi 13,000 unit atau 13 peratus jumlah jualan keseluruhan Honda Malaysia. Ia mengekalkan posisi teratas dalam segmennya dengan menguasai 86 peratus pegangan pasaran pada bulan Januari hingga Disember 2018.

Jazz dikuasakan oleh enjin 1.5L i-VTEC yang digandingkan bersama transmisi CVT yang dibangunkan di bawah Teknologi  Earth Dreams Honda. Ia dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terbaik yang merangkumi enam beg udara, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Mendaki (HSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan ISO Fix.

JOM BACA >> INTIP: Kelibat unit ujian pertama Proton X50 berjaya dikesan

Jazz Mugen dijual pada harga RM88,600 untuk warna Modern Steel Metallic dan RM88,720 untuk warna White Orchid Pearl. Ia terhad kepada 300 unit sahaja. Selain itu model BR-V Special Edition turut diperkenalkan dengan menampilkan beberapa penambahan pada rekaan luarannya seperti spoiler pada pintu belakang, Running Board dan kemasan pada pemijak tepi pintu.

Model crossover 7-tempat duduk ini turut dilengkapi dengan sistem infohiburan dengan skrin bersaiz 6.8-inci dengan sambungan telefon pintar. Ia merupakan model yang sangat sesuai untuk pelanggan yang mahukan kenderaan 7-tempat duduk yang sporty dan bergaya.

Sejak dilancarkan pada Januari 2017, lebih daripada 29,000 unit BR-V berjaya dijual setakat ini. Ia mencatatkan jualan hampir 11,300 unit atau 11 peratus jumlah jualan keseluruhan syarikat pada 2018. Model ini turut berjaya menguasai 47 peratus pegangan pasaran pada tahun lepas.

BR-V dikuasakan oleh enjin 1.5L i-VTEC yang digandingkan bersama transmisi CVT yang dibangunkan di bawah Teknologi  Earth Dreams Honda. Sebagai tambahan untuk model edisi khas, Honda Malaysia turut memperkenalkan pilihan warna baharu Passion Red Pearl untuk BR-V bagi menggantikan warna Dark Ruby Red Pearl.

Warna baharu ini yang bertenaga ini memberi kesegaran dan menjadikan model ini nampak lebih muda. BR-V Special Edition ditawarkan dengan dua pilihan warna, Passion Red Pearl dan White Orchid Pearl dengan harga jualan RM90,700 dan RM91,000. Model ini juga terhad kepada 300 unit sahaja.

JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona facelift bakal diperkenalkan bulan depan?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply