Pagi-pagi sudah bikin panas! Sekali lagi foto Proton Iriz MC2 bocor dan berjaya lolos di laman sosial. Dua foto Iriz MC2 yang mungkin varian1.3 liter standard berwarna putih telah dimuat naik ke laman group Facebook Proton Saga VVT Community (Malaysia) oleh Mohd Sabri Mohd Sirah.
Akhirnya setelah dah naik jemu melihat foto intipan, kita dapat melihat wajah baharu bahagian luaran model hatchback kompak ini secara keseluruhan. Jika dalam artikel sebelum ini kita hanya dapat melihat foto bocor di bahagian belakang, kali ini kita dapat melihat reka bentuk hadapan yang pada kami ia nampak lebih menarik.
JOM BACA >> PANAS : Imej belakang Proton Iriz MC2 tertiris!
Secara kasar ia mempunyai iras model Persona semasa terutama sekali pada bahagian lampu kerana ia berkongsi bahagian yang sama, tetapi perubahan ketara dibuat kepada bahagian jeriji. Sayap Proton pada Iriz MC2 telah disuntik dengan elemen busur yang buat pertama kalinya ditampilkan pada model X70. Sedikit mengecewakan, foto bocor kali ini mempunyai resolusi yang rendah dan kita tidak dapat melihat perincian pada bahagian dalam jeriji tersebut.
Kami telah cuba menaikkan resolusi dan mempertingkatkan warna foto-foto ini namun ia agak terbatas. Pada bahagian bamparnya pula, ia lebih kemas dan ringkas berbanding Persona. Jika diperhatikan, para pereka Proton cuba menampilkan permainan dua tona warna pada bahagian tersebut dan hasilnya ia kelihatan lebih sporty dan ranggi.
Rekaan belakangnya yang telah bocor lebih awal telah kami ulas pada artikel sebelumnya dan ia telah melengkapi penampilan baharu Iriz MC2 untuk tahun 2019. Melalui pengamatan kami, Iriz MC2 secara keseluruhannya lebih garang berbanding model semasa. Buat masa ini kami masih belum mendapat perkhabaran mengenai bilakah tarikh pelancaran rasminya. Tunggu info selanjuntnya!
JOM BACA >> INTIP : Proton uji Iriz MC2 ditemui lagi, kali ini dalam jarak dekat
KLIK UNTUK BESARKAN
Ni lowest spec ke sebab fog lamp pun takde.
New design language. The Ethereal Bow.
Grille must have that Infinite Weave pattern seen on the X70.
Bye2 Proton Wings. Saya rasa falsafah design lama Wings lebih baik dari konsep Ethereal Bow ni. Sebab di center Ethereal Bow ni ada ‘notch’ yang kurang menarik.. membuatkan grille kembali ke zaman Waja & Wira (ada “beak” kat tengah2 grille).
Please take note Azlan Othman.
Ada cues Toyota Aygo.
buatla camna pun. bukan boleh naikkan sales. ploton is ploton. quality syok sendiri.
Takda turbo takda daya tarikan untuk Iriz. Hatchback tetap laku Myvi & Jazz..