Jangan terkejut jika ramalan yang kami buat beberapa hari sebelum menjelangnya tahun 2019 tepat! Semalam Berita Harian melaporkan Kementerian Pembangunan Usahawan telah memperuntukkan sehingga RM20 juta bagi membangunkan prototaip kereta nasional ketiga yang sebahagian besarnya adalah daripada pelaburan vendor.
Apa yang menarik dalam artikel tersebut kami ada menyebut “Kami difahamkan Tun Dr Mahathir meminta pasukan reka bentuk projek kereta nasional terbaharu tersebut untuk menyiapkan prototaip pertamanya sebelum suku pertama tahun 2019.” terbukti benar kerana prototaip itu dijangka dilancarkan pada suku pertama 2019.
Berbalik kepada berita asal, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata setakat ini kementerian telah mengenal pasti beberapa vendor yang berminat untuk membangunkan prototaip kereta nasional ketiga itu. Katanya, vendor yang menunjukkan minat itu kebanyakannya sudah mempunyai dana sendiri bagi menjalankan kerja serta proses pembinaan prototaip kereta nasional ketiga.
JOM BACA >> PANAS : Foto Proton Iriz MC2 bocor lagi!
Oleh itu tidak timbul isu dari mana datangnya dana kerana mereka sendiri sudah mempunyai dana untuk menjalankannya. Selain itu, terdapat juga bantuan geran sedia ada oleh kementerian yang boleh menjadi pemangkin dan membantu dalam usaha yang akan dijalankan oleh mereka. Vendor-vendor ini juga mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang dalam sektor automotif dan kementerian yakin mereka dapat menghasilkan prototaip yang baik.
Beliau berkata demikan semasa sidang media selepas merasmikan Program LESTARI, kerjasama antara MED dan PETRONAS di sini, semalam. Mesyuarat Jawatankuasa koordinasi Projek Kereta Nasional Baru (NNCP) pada 12 Oktober dan 14 Disember tahun lalu bersetuju Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) dijadikan penyelaras kepada kementerian yang terbabit dalam projek ini.
Selain MED, kementerian lain terlibat adalah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Mohd Redzuan berkata, projek itu juga dilihat dapat memacu pertumbuhan ekonomi negara dan membangunkan vendor tempatan ke arah bertaraf global dan lebih kompetitif. Projek kereta nasional ini mempunyai pendekatan berbeza dengan pengeluar kereta nasional sedia ada.
MED kini sedang mengenalpasti vendor automotif yang berminat dalam pembangunan NNCP menerusi portal NNCP di laman web kementerian. Antara kategori berkaitan adalah pembinaan logam dan plastik, petrokimia dan peleburan, pembinaan besi, industri sokongan dan pemasangan. Sebanyak 50 syarikat tempatan telah membuat permohonan dan kertas kerja mereka kini sedang disemak semula dan kemampuan serta kapasiti yang mereka ada akan dinilai terlebih dahulu.
JOM BACA >> PANAS : Imej belakang Proton Iriz MC2 tertiris!
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI