ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton uji Iriz MC2 ditemui lagi, kali ini dalam jarak dekat

Views

Rasanya baru je kira-kira dua jam yang lalu, kami memuat naik foto intipan pertama untuk tahun 2019. Sebentar tadi kami memperoleh satu lagi foto intipan unit Iriz MC2 dari Whatsapp group Proton X70. Ia telah berjaya dikesan oleh Jayson Tew di dalam kawasan sebuah stesen minyak Petronas, namun buat masa ini lokasi yang sebenar tidak dinyatakan. Foto kali ini lebih jelas kerana ia dirakam dari jarak yang agak dekat.

JOM BACA >> PANAS : Geely kantoi bocor nama Proton X50?

Unit yang dirakam ini masih lagi sarat dengan celoreng penyamaran, tetapi kita boleh nampak penggunaan warna hitam berkilat pada lubang angin bampar depan. Tetapi kita kurang bernasib baik kerana masih tidak dapat melihat foto ruang dalaman, mungkin ia dilarang oleh pemandu kereta tersebut yang menunggu di dalam.

Seperti yang kami katakan dalam artikel sebelum ini, Iriz MC2 akan dilancarkan selepas Persona facelift. Kami akan cuba mendapatkan maklumat terkini untuk kedua-dua model tersebut dalam masa yang terdekat, tunggu!

JOM BACA >> Fakta ringkas menarik mengenai Perodua Aruz – Tempahan kini dibuka!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply