ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua tingkatkan kebolehan tenaga kerja lepas jualan

Views

Sebagai persediaan untuk mencapai rekod 2.14 juta pengambilan servis kenderaan yang dijangka pada tahun ini, Perodua berusaha untuk meningkatkan lagi piawaian, kemahiran dan pengetahuan kakitangan lepas jualannya di seluruh negara menerusi Pertandingan Kemahiran Teknikal Kebangsaan Perodua.

Pertama kali diadakan pada tahun 1997, Pertandingan Kemahiran Teknikal Kebangsaan Perodua memperlihatkan beberapa kategori seperti penasihat servis, formen, mekanik, serta kategori baru iaitu penasihat servis badan kenderaan dan cat (B&P), berentap menerusi beberapa senario yang berkaitan dengan pelanggan.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin berkata, People First dalam slogan Perodua merujuk kepada pekerja serta pelanggan dan syarikat tidak akan berhenti menambahbaik dan meningkatkan keupayaan pekerja supaya mereka dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan seterusnya mengekalkan kepercayaan mereka kepada jenama ini.

JOM BACA >> PANAS : SUV Proton Tanpa Celoreng Penyamaran Berjaya Dikesan Di China!

Para peserta dinilai berdasarkan ketepatan, ketelitian dan kecekapan mereka dalam menyelesaikan masalah yang diberikan. Bukan hanya dari perspektif teknikal tetapi mereka juga harus menumpukan kepada Kepuasan Pelanggan (CS). Pertandingan tahun ini adalah antara yang terbesar yang pernah dijalankan, dengan lebih daripada 2,000 kakitangan lepas jualan di seluruh negara (cawangan dan pengedar sah Perodua) mengambil bahagian dalam pusingan awal pada bulan Februari lalu.

Pertandingan peringkat kebangsaan yang diadakan pada 19 Julai menyaksikan mekanik Nur Adilin Mohd Yusuf (cawangan KK1) dan Muhd ​​Izuan Kamarul Baharin (Nagoya Automobile), formen Jamaluddin Ja’asa (cawangan Seremban) dan Felix Chee Tuin (Posh Auto), penasihat servis Noor Faziha Md Anas (cawangan Ipoh2) dan Siti Fatimah Abu Samah (Roda Juara), serta penasihat servis B&P Arthur James (cawangan KK1) muncul sebagai pemenang kategori masing-masing.

Para pemenang mewakili yang terbaik buat Perodua dari segi perkhidmatan di seluruh negara, dan merupakan contoh kepada semua. Kepakaran teknikal, tumpuan kepada pelanggan dan kemahiran penyelesaian masalah mereka akan dikongsi ke seluruh bahagian lepas jualan demi para pelanggan yang dihargai. Lepas jualan memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha untuk memuaskan hati pelanggan. Melalui persaingan sihat, pertandingan ini memastikan perkhidmatan syarikat kekal berdaya saing dan relevan kepada keperluan dan kehendak semasa pelanggan.

JOM BACA >> INTIP : Foto SUV Proton Bersama Perdana Menteri Tular Di Facebook – Rekaan Hadapan Terdedah!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply