ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

INTIP : Foto SUV Proton bersama Perdana Menteri tular di Facebook – Rekaan hadapan terdedah!

Views

Tular di laman group Facebook Proton Boyue X7 Community (Malaysia) beberapa foto Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Moahamad bersama bakal SUV pertama Proton yang telah dipandu uji oleh beliau bulan Jun lalu di Yayasan AlBukhary, Kuala Lumpur. Kompilasi foto-foto tersebut telah dimuatnaik oleh salah seorang ahli group laman tersebut Phang Hc sebentar tadi.

Kali ini kita dapat melihat dengan jelas rekabentuk hadapannya yang menampilkan jeriji utama dengan gaya baharu. Ia masih mengekalkan konsep wajah grafik tunggal pada model generasi ketiga (Prevé , Suprima, Iriz dan Persona (generasi kedua), Saga, Perdana) dengan memasukkan kembali elemen wau bulan yang telah digunapakai pada model generasi kedua (Gen2, Persona (generasi pertama) dan Satria Neo).

JOM BACA >> Fakta Ringkas : Pelantar Modular BMA Geely Untuk Kereta Kompak

Rekabentuk jeriji Proton kali ini lebih kemas dan lebih moden dengan menampilkan tiga lapisan bilah sayap Proton yang bersambung dengan emblem utama. Tiada apa-apa perubahan lain dibuat mahupun pada bampar kerana model fasa pertama SUV ini hanya mengalami perubahan kecil untuk mempercepatkan pelancarannya yang dijangka pada penghujung September atau awal Oktober nanti.

Kedudukan pemanduannya dari model penderma asal di sebelah kiri juga telah diubah ke kanan untuk versi Proton. Kami berpendapat, model fasa keduanya nanti pada tahun hadapan masih mengekalkan bentuk jeriji ini dan akan ada beberapa perubahan ketara di bahagian hadapan dan juga belakang. Apa pun, kita nantikan foto dan info selanjutnya.

JOM BACA >> Coretan : Industri Automotif – ‘Idea Gila’ Tun Yang Telah Berjaya Mengubah Landskap Ekonomi Negara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply