ARKIB

KATEGORI

Ulasan Pandu Uji

PANDU UJI : Ciri canggih Ford Ranger Wildtrak 2.2L berjaya elakkan kami dari kemalangan

Views
Pemandu Malaysia belum sedia untuk kereta pandu sendiri? kami uji sistem Ford Wildtrak

Trak pikap Ford Ranger Wildtrak 2.2L mempunyai ciri seperti kereta bernilai setengah juta ringgit. Walaupun ia sebuah trak pikap, namun Ford Ranger Wildtrak mempunyai ciri canggih yang sesetengah kereta bernilai RM400K pun tak ada, contohnya: Kawalan Jelajah Adaptif, Bantuan Kekal Lorong dan Pengelak Rempuhan Hadapan.

Apa yang membuatkan kami teruja, ia dapat mengecam suara kita. Kalau kenderaan ini tidak faham permintaan kita, ia akan meminta kita ulang balik dan akan menyemak semula apa yang kita minta supaya tidak berlaku kekeliruan, sungguh mengagumkan! Kami telah memandu ujinya secara ekstrem dengan segala sistem diduga dan terpaksa bekerja keras terutama ciri Pengelakan Rempuhan Hadapan dan Kawalan Jelajah Adaptif.

JOM BACA >> Perodua Lancar Alza Berwajah Baharu – Tempahan Kini Dibuka

Semasa merakam video ini kami nyaris nak menyondol belakang sebuah Honda City yang masuk secara melulu. Mujur ada ciri Pengelakan Rempuhan Hadapan dan ia berfungsi dengan cukup baik! Bravo! Kalau nak tengok detik-detik cemas tu, kena la teruskan menonton ini hingga ke penghujung.

Jangan lupa LANGGAN/SUBSCRIBE saluran YouTube rasmi kami di Funtasticko TV untuk lebih banyak lagi video-video menarik yang lain! Jom tonton episod pandu uji yang lepas, KIA Optima GT.

Bunyi enjin V8 fake Kia Optima GT menyakitkan telinga? Ke korang suka?

JOM BACA >> Proton Perdana FL Concept 2018

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply