ARKIB

KATEGORI

Buletin

Didier Drogba ketuai kempen ‘Drive For More’ Yokohama

Views

Pengeluar tayar dari Jepun Yokohama dan Juara Liga Perdana Inggeris sebanyak lima kali Chelsea FC kini sedang giat mengaktifkan kempen jualan global baharunya iaitu ‘Drive For More’. Kempen tersebut akan dijalankan di lima negara seperti India, Malaysia, Vietnam, Perancis dan Iberia bagi membantu jualan serta menghubungkan para peminat antarabangsa kelab tersebut.

Kempen ini akan dilaksanakan secara global oleh Pitch Marketing Group dan diketuai oleh lagenda Chelsea FC dan ikon bola sepak global, Didier Drogba. Beliau telah diumumkan sebagai wajah kempen untuk Yokohama dan akan menyertai satu siri acara B2B VIP di setiap daerah, dimana para pelanggan serta peminatnya berpeluang untuk bertemu dengan bintang global tersebut.

Kempen ini juga akan disampaikan melalui satu siri inisiatif jualan B2C, termasuk bahan pemasaran dan ganjaran yang premium berorientasikan kelab tersebut. Aset ini akan disediakan sebagai insentif jualan kepada pengedar tayar di setiap pasaran setempat. Drogba mula menyertai Chelsea FC pada bulan Ogos 2004 dengan rekod perpindahan untuk kelab pada ketika itu.

JOM BACA >> WAJIB BACA: Perodua Alza Facelift 2018 – Apa Yang Kami Tahu

Sumbangan besar beliau ketika bersama Chelsea FC termasuklah empat kejohanan Liga Perdana, penalti muktamad dalam Peringkat Akhir Kejohanan UEFA 2012 dan memperolehi kedudukan sebagai penjaring gol keempat terbanyak Chelsea. Didier Drogba, yang juga duta Yokohama, berkata Chelsea merupakan sebahagian penting dalam kehidupan dan kerjayanya dan beliau berasa bangga dengan kemasyhuran berterusan kelab itu di seluruh dunia.

Chris Townsend OBE, Pengarah Komersial di Chelsea FC, berkata, sejak menjadi rakan kongsi kejohanan Chelsea pada tahun 2015, perhubungan antara Yokohama dan kelab terus berkembang kukuh. Syarikatnya gembira dapat bekerjasama dalam kempen ‘Drive For More’ antarabangsa ini, dan membolehkan Yokohama untuk menjadi jenama global yang unggul dengan fokus untuk menjanakan peningkatan yang ketara dalam jualan di seluruh dunia.

Takaharu Fushimi, Pengarah Urusan dan Ketua Bahagian Jualan & Pemasaran Luar Negara Tayar di Yokohama Rubber Co. Ltd, berkata, pengumuman Didier Drogba sebagai duta global untuk kempen ini telah memberikan status legendanya di Chelsea FC dan daya tarikan global. Kempen ini benar-benar menyerlahkan betapa kedua-dua Yokohama dan Chelsea FC telah bekerjasama dengan berkesan untuk melaksanakan pengaktifan fokus jualan dalam pasaran luar negara penting syarikat.

JOM BACA >> Proton Perdana FL Concept 2018

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply