ARKIB

KATEGORI

Buletin

Papan tanda jalan di negeri Pahang bakal ditambah dengan tulisan Jawi

Views

Ini berita baik bagi rakyat negeri Pahang yang merupakan negeri kelahiran penulis! Portal DiRaja Pahang melaporkan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bertitah agar penggunaan tulisan Jawi diperluas ke seluruh negeri Pahang.

Baginda bertitah, penggunaan tulisan jawi perlu diperluaskan di papan tanda jalan, premis perniagaan dan perumahan di seluruh negeri ini bagi memartabatkan semula tulisan itu yang semakin terpinggir pada ketika ini. Baginda berhasrat mahu tulisan jawi diperkasa, dibudayakan dan tidak mahu ia hilang begitu sahaja. Tidak salah kalau ia dipamerkan di bangunan, jalan kerana ia menunjukkan identiti kita dan seharusnya kita rasa bangga.

Tulisan jawi juga perlu terus diajar di sekolah-sekolah sehingga ke peringkat universiti termasuk pertandingan menulis tulisan jawi misalnya akan meningkatkan rasa sayang dan cinta pelajar terhadap tulisan itu. Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan perasmian Program Memartabatkan Penggunaan Tulisan Jawi Negeri Pahang di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

JOM BACA >> INTIP : Konvoi Proton Iriz MC2 dan X70 dikesan

Tengku Abdullah dalam pada itu berkata, penggunaan bahasa jawi pada papan tanda juga tidak seharusnya menimbulkan polemik atau isu kerana ia hanya perlambangan identiti orang Islam dan budaya Melayu. Tiada tempoh masa ditetapkan untuk perlaksanaannya asalkan usaha memartabatkan tulisan jawi di seluruh negeri Pahang terlaksana dengan sempurna.

Sementara itu, Tengku Abdullah mengucapkan tahniah kepada Majlis Daerah Pekan yang telah mengeluarkan pekeliling kepada semua pemegang lesen premis perniagaan untuk menambah tulisan jawi di papan iklan sedia ada. Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang dan JKR Daerah Pekan kerana telah menggantikan papan tanda jalan utama dengan menambah tulisan jawi ke atasnya

Pekan menjadi daerah perintis program memartabatkan tulisan jawi di mana ia dipilih berdasarkan perlaksanaan tulisan jawi oleh Majlis Daerah Pekan di papan tanda perumahan dan jalan di kawasan perumahan sejak tahun 2005. Penggunaannya kini diperluaskan pada papan tunjuk arah, papan iklan premis perniagaan, papan tanda bangunan dan papan tanda jalan di seluruh bandar Pekan.

JOM BACA >> MESTI BACA: Tak tahu prosedur penukaran enjin? Jom ikut panduan ini!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply