ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pelaburan dari Qatar – Menteri Pembangunan Usahawan nafi kenyataan Khalid Samad

Views

Dua hari lepas kami ada kongsikan satu artikel yang menyebut seorang individu dari Qatar ingin melabur sebanyak US$400 bilion (RM1.6 trilion) dalam projek Kereta Nasional Ketiga dan semalam Malaysiakini melaporkan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menafikan dakwaan tersebut.

Beliau tidak tahu di mana Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad mendapat sumber tersebut namun ia mungkin disebabkan Pihak Berkuasa Pelaburan Qatar (QIA) mempunyai banyak dana untuk melabur di negara ini. Redzuan berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis di Cyberjaya, semalam.

JOM BACA >> INTIP : Tun Dr. Mahathir naik Geely Bo Rui ziarah jenazah Tan Sri Zainuddin Maidin – Bayangan model pengganti Perdana?

Idea untuk projek Kereta Nasional Ketiga ini telah dicetuskan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kabinet bersetuju dengan cadangan tersebut tetapi dengan syarat projek berkenaan tidak boleh melibatkan dana kerajaan. Tun Dr Mahathir Mohamad juga sebelum ini berkata ada individu dari sektor swasta yang berminat melabur dalam projek itu.

Namun butiran mengenainya tidak didedahkan kerana ia masih dalam proses penilaian. Model pertamanya yang dijangka bakal dilancarkan pada 2020 dan prototaip awal akan siap pada tahun depan. Sebenarnya kami hairan juga bagaimana Khalid Samad boleh memetik angka yang sebegitu banyak untuk pelaburan projek Kereta Nasional Ketiga dan akhirnya segala kemusykilan kami telah terjawab. Harap tiada lagi percanggahan maklumat yang dikeluarkan selepas ini.

JOM BACA >> INTIP : Tun Mahathir diberi taklimat mengenai Geely Emgrand GS – Bakal jadi model terbaharu Proton ke?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply