ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Foto ‘body in white’ Proton Exora terakhir tular, ini gambaran beberapa versi facelift yang pernah dihasilkan oleh Thottle

Impresi Artis

Views

Sejak semalam tular satu foto yang memaparkan rangka atau ‘body in whiteProton Exora terakhir dalam kilang pengeluaran Proton di Shah Alam.

Foto tersebut yang dirakam semalam (18 Oktober) sempena meraikan unit pengeluaran terakhir model MPV tersebut sejak 14 tahun.

Model yang pada mulanya dikenali dengan namakod P6-20A ini telah dilancarkan secara rasmi pada April 2009 dan sepanjang tempoh 14 tahun, hampir 200,000 unit telah pun dihasilkan.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Dalam artikel terdahulu, satu video yang dimuatnaik ke akaun Instagram @eocmalaysia_official memaparkan satu sesi ringkas bagi ‘memperingati’ tamatnya pengeluaran enjin Campro CFE yang telah dihasilkan sejak 12 tahun lalu.

Dengan pengakhiran enjin Campro CFE ia juga bermakna kitaran hayat model terakhir yang menggunakannya iaitu Exora juga sampai ke penghujungnya.

Sejak 14 tahun lalu Exora telah mengalami beberapa kali perubahan kosmetik dan pernah juga dihasilkan dalam unit terhad. Edisi terakhirnya yang dikenali sebagai Exora (RC2) telah pun dilancarkan pada 19 Ogos 2022.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Dua varian ditawarkan, iaitu Executive dan Premium dengan lima pilihan warna yang menarik iaitu Snow WhiteIndiana GreyRosewood MaroonRuby Red dan Cocoa Grey.

Harga atas jalan tanpa insurans (termasuk SST) adalah seperti berikut:

VarianSemenanjung Malaysia Malaysia Timur
1.6T Executive CVTRM62,800RM65,300
1.6T Premium CVTRM69,800RM72,300

Sempena meraikan detik bersejarah ini juga, sahabat kami iaitu pakar dalam manipulasi digital iaitu Theottle telah berkongsi beberapa idea versi facelift Exora yang pernah dihasilkannya sejak tahun 2014.

Kali terakhir Theottle telah menggabungkan wajah X90 yang menampilkan jeriji “Infinite Weave” dan “Ethereal Bow” versi baharu dengan badan Exora sedia ada yang diolah menjadi van panel.

Anda boleh melihat kesemua hasil karya Theottle di ruangan galeri di bahagian bawah.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theottle

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply