ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Perodua Myvi lawan arus jadi punca kemalangan lima kenderaan cedera parah

Berita Tempatan

Views

Tindakan sebuah Perodua Myvi yang memandu melawan arus di Kilometer 2.6 Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) di Johor Bahru, menyebabkan kemalangan membabitkan lima kenderaan, tengah malam semalam.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata nahas berlaku pada jam 12.30 tengah malam, selepas sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton yang dipandu lelaki warga tempatan berumur 40 tahun bersama tiga penumpang dari arah utara menghala ke pusat bandar Johor Bahru, gagal mengelak Myvi terbabit.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Myvi dipandu lelaki tempatan berusia 20-an di lorong kanan secara melawan arus. Ketika pelanggaran, pacuan empat roda terbalik di tengah jalan.

Ia menyebabkan tiga kenderaan lain, Honda City, Toyota Vios dan Audi A3 yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak dan melanggar kereta pacuan dan Myvi yang berada di tengah jalan.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Akibat pelanggaran ini, pemandu Myvi cedera parah dan masih menerima rawatan di wad zon kuning di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Raub berkata, pemandu dan penumpang kenderaan lain hanya cedera ringan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Komuniti Johor

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply