ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bomba selamatkan penunggang motosikal dihanyutkan arus banjir

Berita Tempatan

Views

Tindakan seorang pemuda mengharungi banjir yang menenggelamkan jalan raya dengan motosikal, nyaris mengundang maut apabila dihanyutkan arus deras dalam kejadian di Kilometer 34, Jalan Jemaluang-Kota Tinggi pagi tadi.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Mersing, Arwan Abdullah, berkata kejadian itu menyebabkan mangsa berusia 23 tahun itu dihanyutkan arus deras kira-kira sejauh tujuh meter di jalan yang dilaluinya.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menyelamat mangsa hanyut melalui talian MER999 pada 7.19 pagi tadi sebelum sebuah jentera LFRT dan EMRS dengan 10 anggota dihantar ke lokasi.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Mangsa dihanyutkan arus ketika melalui jalan yang telah dinaiki air banjir menggunakan motosikal.

Mangsa telah dibawa arus deras dan telah hanyut pada kedalaman air 1.5 meter dan pasukan keluaran operasi (PKO) bertindak menggunakan tali untuk menarik mangsa ke kawasan air selamat.

Beliau berkata, mangsa tidak mengalami kecederaan dan operasi ditamatkan pada 8.22 pagi tadi. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Balai Bomba & Penyelamat Mersing

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply