ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemasangan dashcam langkah positif buat pemandu Malaysia

Info

Views

Menurut Astro Awani, penggunaan kamera papan pemuka atau ‘dashcam’ dalam kenderaan adalah satu langkah yang sangat baik buat semua pemandu di Malaysia. Walaupun ia hanya alat aksesori kereta namun ia mampu menjadi satu bahan bukti sekiranya terdapat sebarang masalah atau kemalangan di jalan raya.

Kesedaran di kalangan pemandu di Malaysia dalam pemasangan kamera tersebut di dalam kereta dilihat sebagai satu trend yang sangat positif. Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Siti Zaharah Ishak, berkata rakaman video tersebut boleh dijadikan bahan rujukan atau bukti jika berlaku kemalangan.

Rakaman-rakaman video ini mampu menjadi satu bahan rujukan dan bukti jika berlaku kemalangan kepada pemandu atau kenderaan di sekeliling mereka. Ia juga berfungsi untuk menjadi satu bahan rujukan jika terdapat pemandu yang memandu secara cuai atau berlakunya pembulian sewaktu memandu.

JOM BACA >> Gambaran digital Proton Impian generasi baharu

Beliau menambah, bahan rakaman yang telah dirakam oleh dashcam juga boleh dijadikan sebagai bahan bukti serta memudahkan pemandu membuat sebarang tuntutan insuran. Tambah beliau, bahan rakaman yang telah dirakam oleh dashcam juga boleh dijadikan sebagai bahan bukti serta memudahkan pemandu membuat sebarang tuntutan insuran.

Sebagai contoh, pada 20 Januari lepas, satu insiden kemalangan maut di Km 4.0 Jambatan Pulau Pinang yang telah mengorbankan seorang penuntut kolej swasta Moey Yun Peng, 20, selepas Mazda CX-5 yang dipandunya dilanggar oleh sebuah Toyota Vios dan terjunam ke dalam laut. Video rakaman dashcam kejadian tersebut tular dalam laman sosial.

Dalam masa yang sama, Siti Zaharah juga menasihatkan supaya pemandu yang ingin membeli dashcam supaya membeli produk yang berspesifikasi tinggi yang mampu merakam dengan resolusi yang jelas kerana jika berlaku sesuatu, rakaman tersebut akan menjadi satu bahan bukti yang jelas.

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply