ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Percuma Sempena Tahun Baru Cina!

Views

poster

Bermula 7 Februari hingga 14 Februari 2015, PUSPAKOM akan menawarkan perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI) Percuma kepada semua pemilik kenderaan persendirian sempena Tahun Baru Cina 2015 di kesemua 55 cawangannya di seluruh negara.

Kempen pemeriksaan percuma ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab korporat PUSPAKOM kepada orang ramai. Pada tahun lepas, kempen yang sama telah dilaksanakan di mana sebanyak 4,000 buah kenderaan persendirian telah diperiksa. Berdasarkan sambutan dan maklumbalas yang begitu menggalakkan, PUSPAKOM sekali lagi mengambil inisiatif untuk menjalankan kempen yang sama pada tahun ini kerana kempen sebegini mampu menyumbang kepada kesedaran terhadap keselamatan jalanraya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail, “tawaran percuma VVI pada musim perayaan ini sudah pasti dapat membantu pemilik kenderaan dalam memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan selamat untuk dipandu dan memberi lebih ketenangan kepada mereka dan keluarga ketika pulang ke kampung halaman”.

“Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela (VVI) ini lebih tertumpu kepada aspek keselamatan kenderaan seperti kecekapan sistem brek, gelincir sisi, suspensi dan cengkaman tayar. Dengan menjalani pemeriksaan ini, pemilik kenderaan terlebih dahulu mengetahui tahap keselamatan kenderaan mereka sebelum memulakan perjalanan atau menghantar kenderaan mereka untuk penyenggaraan”, tambahnya lagi.

Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Percuma ini beroperasi pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari (mengikut waktu operasi setiap cawangan). Orang ramai boleh membuat temujanji dengan menelefon cawangan-cawangan PUSPAKOM yang berdekatan. Hubungi PUSPAKOM di talian bebas tol 1800-88-6927 untuk sebarang maklumat lanjut.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply