ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Tweckbot kembali sempena sambutan Tahun Baharu Cina!

Views

p2 tewckbot

Perhatian kepada pemilik kenderaan Perodua! Perodua Tweckbot kini kembali sempena meraikan kedatangan tahun kambing dengan pemeriksaan 50 mata percuma khas untuk anda sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing dibeberapa lokasi terpilih.

“Kami mahu pelanggan kami merasai kemakmuran sempena kedatangan tahun kambing. Sebagai penghormatan kepada perayaan ini, pelanggan Perodua boleh melakukan pemeriksaan kenderaan secara percuma sebelum dan selepas Tahun Baru ini, “, kata Datuk Aminar Rashid Salleh, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Perodua.

Selain pemeriksaan kenderaan percuma, pelanggan juga layak untuk mendapat diskaun 20% untuk alat ganti yang terpilih dan diskaun bonus khas 10% untuk ahli Perodua Circle. Projek Perodua Tweckbot yang bermula pada 2011 menyaksikan integrasi pertama media sosial dengan pelanggan Perodua mendapatkan temujanji untuk pemeriksaan percuma kenderaan Perodua mereka pada tarikh dan lokasi Tweckbot diadakan.

Untuk musim perayaan ini, Tweckbot akan dibahagikan kepada dua peringkat – yang pertama telah bermula dari 6 hingga 8 Februari di lokasi terpilih di Negeri Sembilan manakala peringkat kedua akan bermula selepas Tahun Baru Cina dari 27 Februari hingga 1 Mac di lokasi terpilih di Pulau Pinang dan Lembah Klang.

Selamat Tahun Baru Cina,  Gong Xi Fa Chai daripada Perodua!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply