ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penghantaran Denza D9 bermula, 200 unit pertama diserah kepada pelanggan

Berita Tempatan

Views

Sub-jenama premium oleh BYD, Denza telah mula menyerahkan 200 unit pertama, Denza D9 semasa acara khas ‘Denza and BYD Electrifying Experience‘ yang sedang berlangsung di Plaza Arkadia, Desa Parkcity.

Acara istimewa ini menyambut pelanggan awal yang telah membeli MPV elektrik premium tersebut yang telah dilancarkan pada bulan lalu.

Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd, Eagle Zhao berkata, penyerahan 200 unit pertama Denza D9 menandakan pencapaian penting bagi Denza di Malaysia.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?

Tambahnya, sambutan luar biasa ini mencerminkan permintaan yang semakin meningkat terhadap mobiliti elektrik premium dan mengukuhkan komitmen kami terhadap inovasi, ketukangan, dan pengalaman pelanggan.

MPV elektrik tujuh tempat duduk ini menawarkan pengalaman pemanduan luar biasa dengan motor lapan- dalam-satu dan ‘Bateri Bilah‘, yang memberikan jarak perjalanan sehingga 600 km tanpa berkompromi dengan keselamatan.

Reka bentuknya yang mengalir dari garis pinggang klasik ke lengkungan diinspirasikan daripada jejak meteor, menggabungkan keanggunan dengan prestasi dinamik.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Di bahagian dalaman, kabin yang luas direka untuk keselesaan maksimum, dilengkapi dengan sistem inforia canggih, kawalan suara pintar, ketersambungan pintar, dan sistem redaman adaptif DiSus untuk pemanduan yang lebih jitu.

Di acara ‘DENZA and BYD Electrifying Experience’, para pengunjung berpeluang untuk meneroka dan merasai sendiri kehebatan Denza D9.

Pelanggan yang membeli MPV premium ini di acara tersebut atau mana-mana cawangan Denza Malaysia sebelum 16 Mac akan menikmati keistimewaan pelancaran eksklusif, termasuk pengecas lekap dinding percuma dengan kad pemasangan serta pakej servis percuma selama enam tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply