ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengilang dan pengedar kenderaan komersial tambah kemeriahan KLIMS’18

Views

Kuala Lumpur International Motor Show 2018 edisi kali ini turut menjadi medan kepada para pengilang dan pengedar kenderaan komersial mempamerkan pelbagai model kenderaan mereka. Di pameran ini juga akan terdapat autocade kenderaan komersial bagi yang ingin membeli kenderaan untuk sektor perniagaan untuk memenuhi keperluan perniagaan mereka.

Datuk Aishah Ahmad, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), berkata Malaysia semakin berkembang dari segi pembangunan tanah dan infrastruktur, pembinaan, bidang perindustrian dan perdagangan. Munculnya e-dagang di Malaysia juga telah meningkatkan permintaan untuk pengangkutan yang digunakan bagi penghantaran barang dan industri makanan dan minuman yang menghasilkan kenderaan komersial seperti kendera saji (food truck).

KLIMS’18 akan memperkenalkan pelbagai model kenderaan komersial untuk sektor perniagaan dan orang awam untuk melihat kemungkinan menarik minat bagi pengangkutan orang awam dan barangan. Mengikut data terkini MAA, kenderaan komersial baharu yang telah didaftarkan di Malaysia untuk separuh tahun pertama 2018 (sehingga tarikh Jun 2018) direkodkan sebanyak 28,671 unit manakala kenderaan komersial yang dikeluarkan dan dipasang di Malaysia untuk tempoh yang sama pula mencatatkan sebanyak 19,623 unit.

Pada tahun 2017, jumlah jualan dan pengeluaran kenderaan komersial masing-masing berjumlah 61,956 unit (yang berdaftar) dan 40,081 unit (yang dikeluarkan dan dipasang di Malaysia). Jumlah pengeluaran dijangka meningkat pada tahun 2018 bagi memenuhi permintaan pasaran. Kenderaan komersial termasuklah trak, prime mover, pikup, van panel dan bas.

Peningkatan permintaan untuk kenderaan komersial disokong oleh keupayaan serba boleh trak pikap dan keupayaan pengangkutan trak serta prime mover bagi menjalankan tugas untuk pengangkutan jarak jauh. OEM mengambil kesempatan daripada trend ini dan menawarkan pelbagai model variasi dan facelift. Industri automobil juga membuat kenderaan komersial lebih mesra alam, ekonomi dan selamat.

JOM BACA >> Geely Bin Rui Dan SX11 – Fakta Ringkas Bakal Dua Model Proton Masa Depan

Isuzu akan mempamerkan pencapaian kejayaan terbaru mereka dalam teknologi enjin diesel. Masayuki Suzuki, COO Isuzu Malaysia berkata, mereka mempamerkan enjin Diesel 1.9L ‘BluePower’ di KLIMS’18. Enjin yang baru dicipta ini sangat berkuasa dan cekap bahan api. Tata Motors bersama pengedarnya yang sah DRB-HICOM Commercial Vehicles Sdn. Bhd. (DHCV) pula akan mempamerkan ‘Tata Super Ace small pick-up’, ‘Ultra trucks’ dan ‘Prima prime mover’. Kenderaan ini telah direka untuk pelanggan kenderaan komersial moden, beserta prestasi unggul, kabin bertaraf antarabangsa, penyimpanan kapasiti bebanan tinggi dan konfigurasi untuk bebanan badan yang fleksibel.

MSM Metal Industries Sdn. Bhd. sebuah syarikat kejuruteraan logam dan OEM Contract Manufacturing yang mengeluarkan kelengkapan dapur dan peralatan fabrikasi untuk kendera saji kini sedang membina robot berketinggian 20 kaki yang bernama “Tanker” yang diperbuat dari logam dan bahagian automotif terpakai yang bakal dipamerkan buat kali pertama di Malaysia di KLIMS’18.

Charles Chan, Ketua Pegawai Eksekutif MSM Metal Industries berkata, Tanker adalah projek pertama yang dijayakan oleh jurutera syarikatnya dengan menggunakan besi buruk dan bahagian automotif terpakai yang terdapat di kilang mereka. KLIMS’18 akan diadakan dari 23 November hingga 2 Disember 2018 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), dengan bertemakan “Beyond Mobility”.

KLIMS’18 telah mengesahkan penyertaan syarikat-syarikat automotif tempatan dan antarabangsa untuk mempamerkan rangkaian produk terkini, trend dan teknologi mereka di pasaran dari kereta konsep hingga ke kenderaan penumpang, kenderaan komersial, dua roda serta aksesori dan produk penjagaan automotif.

JOM BACA >> VIDEO : Mazda CX-3 2018 – Lebih Comel Dan Senyap Berita Automotif Ulasan Pandu Uji

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply