ARKIB

KATEGORI

Buletin

MINI Countryman buatan Malaysia mula dieksport ke Thailand

Views

BMW Group Malaysia hari ini telah menyerahkan kelompok pertama MINI Countryman bagi program eksportnya ke Thailand. Dua varian yang dieksport ke Thailand ialah MINI Cooper S Countryman dan MINI Cooper S Countryman HightrimHarald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, pengeluaran model-model ini dibuat di kilang INOKOM Corporation di Kulim, Kedah, menerusi kerjasama antara Sime Darby Berhad dan BMW Group Malaysia.

Ia adalah antara 30 tapak produksi yang terdapat dalam 14 buah negara di seluruh dunia yang berfungsi bagi pihak BMW Group, selain merupakan titik sentuh yang penting bagi syarikat di rantau Asia Tenggara. Inisiatif eksport yang diperkenalkan oleh BMW Group Malaysia di rantau Asia Tenggara mencontohi kejayaan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA).

ATIGA menggalakkan perdagangan intra-ASEAN dan memastikan aliran bebas bagi barangan di ASEAN direalisasikan dan ia juga membantu BMW Group untuk memanfaatkan kilangnya di ASEAN dengan lebih efisien – lantas memberikan fleksibiliti kepada syarikat pengeluar kenderaan premium ini untuk memenuhi permintaan pasaran di peringkat domestik dan bagi tujuan eksport dengan lebih berkesan.

MINI Cooper S Countryman untuk pasaran Thailand ditawarkan pada THB 2,299,000, bersamaan RM 259,557.00 (Termasuk cukai nilai tambah (VAT) dengan Pakej Standard MSI). Ia dikuasakan oleh enjin petrol 2 liter, 4 silinder dengan teknologi TwinPower Turbo yang digabungkan bersama transmisi automatik Steptronic 8-kelajuan. Kombinasi ini mampu menjana kuasa setinggi 141 kW/192 hp dan mencecah tork maksimum 280 Nm pada tahap 1,350 – 4,600 rpm. Penggunaan bahan bakar gabungan ialah 15.9 km/liter dan emisi CO2 gabungan ialah 142 g/km.

Antara ciri menariknya adalah:

  • Lampu depan yang dikelilingi lampu pemanduan waktu siang LED.
  • Lampu kabus LED juga dilengkapkan pada lampu depan dan lampu belakang.
  • Bantuan Parkir.
  • Stereng sport bersulam kulit dengan pengawal multifungsi serta pengendalian Servotronic
  • Roda aloi Pair Spoke bersaiz 18 inci berwarna perak.
  • Kemasan dalaman warna hitam (Piano Black) dan tempat duduk sport dibalut kulit (Leather Cross Punch Carbon Black).
  • Pembuka bonet belakang automatik yang diaktifkan menerusi sensor pergerakan dengan hanya menghulurkan kaki ke bawah bampar belakang.
  • Skrin sentuh 6.5 inci yang memaparkan informasi mengenai navigasi, data kenderaan yang penting, dan menawarkan kefungsian hiburan selain menjadi portal kepada MINI Connected.

JOM BACA >> Geely Bin Rui Dan SX11 – Fakta Ringkas Bakal Dua Model Proton Masa Depan

MINI Cooper S Countryman Hightrim di Thailand pula berharga THB 2,499,000, bersamaan RM 282,137.00 (Termasuk cukai nilai tambah (VAT) dengan Pakej Standard MSI). Ia dilengkapi dengan kamera pandangan belakang yang berfungsi sebagai sistem ‘Bantuan Parkir’, manakala cermin pandangan belakang pula mempunyai fungsi ‘anti silau’ automatik. Penjana kuasa dan transmisinya adalah sama sama seperti MINI Cooper S Countryman.

Antara ciri menariknya adalah:

  • Padel penukar gear
  • Stereng sport ‘MINI Yours’ tiga spoke yang bersulam kulit dengan pengawal multifungsi.
  • Roda aloi Edged Spoke bersaiz 19 inci berwarna perak.
  • Ruangan dalamannya digayakan dengan warna hitam (MINI Yours Piano Black Illuminated.
  • Sistem bunyi Harman Kardon HiFi yang canggih pula akan menjadi halwa telinga anda di sepanjang perjalanan.
  • Dilengkapi paparan Head-Up MINI menyampaikan informasi pemanduan yang penting seperti kelajuan kenderaan dan pemandu boleh melihat paparan ini tanpa mengalihkan perhatian mereka pada jalan raya.
  • Skrin sentuh bersaiz 8.8 inci ini yang terletak pada instrumen pusat kereta ini juga dilengkapi dengan ciri MINI Connected.

JOM BACA >> VIDEO : Mazda CX-3 2018 – Lebih Comel Dan Senyap Berita Automotif Ulasan Pandu Uji

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply