ARKIB

KATEGORI

Buletin

Promosi KIA Mega Merdeka – Tawaran eksklusif untuk model Kia Cerato 1.6 SX dan Kia Picanto EX

Views

Sempena meraikan 61 tahun kemerdekaan negara, Naza Kia Malaysia mengadakan kempen KIA Mega Merdeka yang menawarkan tawaran eksklusif dan keistimewaan nilai tambah untuk model Kia Cerato 1.6 SX dan Kia Picanto EX untuk dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia sebelum SST yang akan bermula pada bulan September.

Kia Cerato 1.6 SX ditawarkan pada harga eksklusif bermula dari RM83,032.45 (atas jalan tanpa insurans) manakala Kia Picanto EX pula ditawarkan pada harga RM47,079.43 (atas jalan tanpa insurans). Kedua-dua model didatangkan dengan jaminan standard selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Sebagai tambahan selain daripada kempen KIA Mega Merdeka, pelanggan juga bakal menerima satu kad SIM Red One untuk setiap pembelian model Kia Cerato 1.6 SX atau Picanto EX pada bulan Ogos, dan pembeli model Cerato 1.6 SX sahaja akan mendapat satu lagi keistimewaan iaitu penyelenggaraan percuma untuk tiga tahun pertama termasuk alat ganti dan kos buruh.

JOM BACA >> Geely Bin Rui Dan SX11 – Fakta Ringkas Bakal Dua Model Proton Masa Depan

KIA Cerato 1.6 SX tampil dengan rekaan yang menawan serta dilengkapi dengan pelbagai ciri yang menarik seperti stereng kuasa dipacu motor (MDPS), sambungan Bluetooth, butang penghidup enjin, skrin sentuh 8 inci dengan kamera pandang belakang dan ciri keselamatan yang dipertingkatkan.

Varian Picanto EX pula direka dengan begitu unik dan moden menampilkan perincian futuristik serta rekabentuk dinamik untuk gaya pemanduan lebih menyeronokkan di dalam bandar. Diinspirasikan dari rekabentuk ikonik, varian EX dibina lebih kukuh dengan bentuk badan yang lebih padu untuk memenuhi kehendak pelanggan. Gaya rekabentuk jeriji yang terbuka meningkatkan nisbah bentuk supaya tampak lebih lebar, moden dan anggun.

Kempen KIA Mega Merdeka ditawarkan untuk masa yang terhad sahaja dan sah di semua bilik pameran Naza Kia seluruh negara bermula sekarang sehingga 31 Ogos 2018, sementara stok masih ada.

JOM BACA >> VIDEO : Mazda CX-3 2018 – Lebih Comel Dan Senyap Berita Automotif Ulasan Pandu Uji

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply