Kami mendapat perkhabaran terbaharu mengenai Perodua yang dijangka memperkenalkan versi facelift Axia dalam masa terdekat. Ada kemungkinan model tersebut bakal dilancarkan pada 20 Januari nanti yang kebetulan pada hari yang sama turut berlangsungnya karnival MYPerodua Nation di Aeon Mall Shah Alam.
Buat masa ini kami hanya diberitahu model Axia sedia ada sudah kehabisan stok dan hanya stok baharu facelift 2017 akan mula dijual tidak lama lagi. Kami pun tidak tahu bagaimana rupa Axia facelift nanti dan jika ada maklumat terkini kami akan war-warkan dari semasa ke semasa. Sementara tu tengok la dulu foto model tanah liat Axia dan versi facelift dari Theophilus Chin dulu ye.
KLIK UNTUK BESARKAN
gerenti terjual seperti pisang goreng panas.. Maka BR1M akan dinaikkan untuk rakyat membeli Proton Iriz
Mungkin mcm rupa daihatsu ayla dkt indonesia kot
Axia kehabisan stock..? Atau stock lama dihentikan pengeluaran kerana sedang memasang stock FL secara besar-besaran?