ARKIB

KATEGORI

Buletin

Menangi Axia di Karnival MYPerodua Nation

Views

Perodua menjemput seluruh warga Malaysia untuk menghadiri MYPerodua Nation, yang akan berlangsung pada 20 hingga 22 Januari nanti bertempat di tapak parkir Aeon Mall Shah Alam. Pelbagai aktiviti menarik bakal menanti pengunjung karnival seperti peraduan, konsert artis terkenal dan peluang untuk memenangi sebuah Axia dalam acara cabutan bertuah. Selain itu karnival ini turut mengadakan aktiviti luar, panggung wayang luar dan penampilan selebriti.

Hadiah wang tunai juga turut ditawarkan untuk ahli UFirst Perodua yang akan bertanding dalam acara tahunan “UFirst Warrior Challenge”.  Untuk mengambil bahagian, anda boleh mendaftarkan diri di laman sesawang www.ufirst.com.my sebelum 13 Januari 2017. Aktiviti dan promosi khas untuk pelajar kolej dan universiti yang sedang mencari kereta Perodua pertama atau mengambil bahagian dalam acara Uni-Quest Challenge juga merupakan aktiviti yang bakal menanti para pengunjung karnival.

Pelanggan juga akan menikmati tawaran hebat sempena kempen promosi Tahun Baharu China “Golden Prosperity Deals” yang memberi rebat tunai sehingga RM3,888 untuk pembelian mana mana model Perodua yang terpilih. Perodua turut memberi baucar servis percuma dan diskaun istimewa sehingga 50 peratus untuk alat ganti dan aksesori. Jom ramai ramai kita ke sana!

KLIK UNTUK BESARKAN

FA_KV flyers_OL UFirst Uniquest-Flyers-FA

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply