ARKIB

KATEGORI

Buletin

Projek kereta nasional ketiga – Peluang untuk rakyat kuasai teknologi kejuruteraan automotif

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad berkata tujuan kerajaan melancarkan projek kereta nasional ketiga sebenarnya adalah untuk membolehkan rakyat negara ini mempelajari dan memahami teknologi kejuruteraan automotif.

Beliau berpendapat yang rakyat negara ini masih lagi kurang pengetahuan mengenai teknologi tersebut. Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Festival GT Asia yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.

JOM BACA >> Laporan portal atas talian mengenai kos servis Perodua Bezza tidak tepat – Dr. Zahari Husin

Tambah beliau lagi, ramai rakyat Malaysia berpendapat bahawa kereta nasional adalah teruk dan mereka tidak menyokong cadangan projek kereta nasional ketiga. Dr. Mahathir menambah, sebenarnya rakyat Malaysia masih lagi belum tahu apa-apa mengenai kejuruteraan automotif mahu mereka mempelajarinya menerusi projek kereta nasional ketiga.

Beliau mengambil contoh negara China yang berjaya menguasai teknologi kejuruteraan automotif dalam masa yang singkat kerana rakyat negara tersebut menerima penglibatan negara mereka dalam perniagaan automotif. Apa pendapat anda?

JOM BACA >> Proton Persona facelift tampil lebih bergaya – Tempahan atas talian dibuka mulai esok

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Facebook Dr. Mahathir bin Mohamad.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments


  • Semua rakyat malaysia tak tau apa2 pasal automotif… website ni pun boleh tutup dah.. sebab sebenarnya tak tau apa2.. Tun M sorang je yang pakar automotif.. admin funtasticko, mohon tutup page page ni.. pesan sekali rakan2 tutup page paultan.org, careta.my, mekanika.com.my, autobuzz.my dan lain2 semua boleh tutup sekarang.. Kena ikut rules of law..


  • kalau sekadar alasan utk kegunaan pantau ladang.. pakai drone dah cukup. Skg pun kalau nak serang sesuatu kawasan dah pakai dron. Kereta api sudah tiada pemandu.

    Aku cdg buat bot atau drone sendiri utk membuat pemantauan kawasan di perairan malaysia & sempadan. Ada tracking auto fly dll lagi bagus. Byk negara akan beli & murah


    • Bukan pasal kereta terbang ni.. Tun M kata kita tak support Proton mcm kita support Honda.. Terus dikatanya org Malaysia tak tau apa.. Proton dah canggih2 mcm Preve Perdana tu rakyat marhaen rela lagi beli Myvi.. Jenama dah rosak sbb build kualiti yg teruk zaman Tun jadi Pengerusi Proton. Brg tak sampai standard pun boleh lepas masuk pasang ke kereta Proton.. Tu yang reputasi teruk.. Enjin pulak jenis haus petrol.. Mananya org nak beli sangat.. Pusat servis macam taik.. Interest rate loan bapak mahal banding brand import..


  • Saya sama sekali tak setuju dengan pandangn Tun ni. Tak perlu semua rakyat Malaysia belajar ilmu kejuruteraan automotif untuk memajukan industri automotif negara. Tak perlu juga untuk menubuhkan jenama automotif negara untuk memajukan industri automotif negara. Ada banyak lagi cara lain untuk memajukan industri automotif ni. Antaranya dengan memberi kelonggaran untuk industri automotif itu sendiri menetapkan harga kenderaan yang mereka hendak jual tanpa perlu campur tangan kementerian. Itu lebih baik.

Leave a Reply